JANGAN MAKAN KENTANG YANG TUMBUH TUNAS DAN WARNA HIJAU?

KENTANG YANG TELAH BERTUKAR WARNA HIJAU DAN TUMBUH TUNAS. SELAMAT ATAU TIDAK DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni. Nak buang rasa sayang, nak makan pulak rasa takut. Jangan risau, lepas ni bukan lagi dilemma lagi. Kami cadangkan lebih baik untuk korang buang kentang seperti ini. Tapi, kenapa perlu buang?

Sebenarnya, memakan kentang yang telah bertukar warna kepada warna hijau dan telah tumbuh tunas boleh menyebabkan anda berisiko kepada toksik semulajadi dikenali sebagai glycoalkaloids iaitu ‘solanin’ dan ‘chaconine’.

Kulit kentang yang berwarna hijau menunjukkan kehadiran toksin dan tunas mengandungi kepekatan toksin yang paling tinggi. Manakala isi ubi kentang mengandungi toksin yang paling rendah.

Kentang yang tercemar dengan toksin ini akan mempunyai rasa pahit, dan memakannya boleh menyebabkan cirit- birit,muntah, dan sakit pada bahagian abdomen. Simptom tersebut akan berlaku dalam beberapa jam dan berlarutan sehingga satu hari.

Proses memasak kentang seperti membakar, merebus, dan menggoreng tidak menghapuskan toksin ini. Walaubagaimanapun, mengupas kulit kentang sebelum proses memasak dapat mengurangkan kandungan toksin ini dalam kentang.

Jadi.. dinasihatkan sebelum membeli, pilih kentang:

  1. Permukaan licin
  2. Tidak berwarna hijau
  3. Tidak mempunyai tunas.

Adakah belajar sesuatu hari ni ? Jangan lupa kongsi pada lain ye.

Sumber: BKKM, JKN Kedah

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: