Fakta: Bahaya Telur Mentah Kepada Bayi.

Telur dan produk-produk yang berasaskan telur adalah sejenis makanan ruji bagi manusia terutamanya kepada rakyat Malaysia. Pengedalian yang tidak sempurna daripada segi kebersihan kulit telur atau telur yang tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti Salmonellosis.

Salmonellosis adalah jangkitan bakteria Salmonella pada sistem penghadaman manusia. Kebanyakan jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah dicemari oleh bakteria Salmonella atau sentuhan secara langsung dengan pesakit yang sudah terkena jangkitan bakteria tersebut. 

Haiwan ternakan seperti ayam, itik atau spesies burung yang dijangkiti oleh bakteria Salmonella boleh merebak hingga ke dalam isi telur yang dihasilkan.

Gejala/Tanda

Secara ringkasnya gejala utama bagi orang yang telah dijangkiti bakteria Salmonella adalah seperti berikut:

Cirit-birit
Kekejangan pada perut
Demam tinggi antara 39.4-40oC
Kurang selera makan
Sakit kepala
Selema dan batuk
Pendarahan usus
Mudah letih
Ruam pada kulit

Komplikasi

Komplikasi serius berikutan daripada simptom awal yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya mungkin akan membawa kepada pendarahan usus yang biasa akan muncul pada minggu ke-3. Selain itu, kanak-kanak atau bayi akan mengalami komplikasi gangguan pada otak yang berkemungkinan akan mengalami sawan. Oleh yang demikian, semua individu perlulah segera mendapatkan rawatan awal sekiranya gejala atau tanda jangkitan bakteria salmonella berlaku.

Jangkitan Salmonella biasanya sembuh tanpa rawatan dan kebanyakan orang pulih dalam tempoh 2-7 hari. Tetapi takkan kita nak risikokan anak-anak kita yang masih kecil bukan? Elakkan beri telur mentah kepada anak anda. pastikan ia benar-benar masak baru beri.

Pencegahan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan prosedur selamat bagi pengguna serta pengendali makanan berasaskan telur. Berikutnya merupakan beberapa langkah yang boleh diambil:

Pengendalian makanan berasaskan telur:

  1. Membeli bahan-bahan mentah dari pembekal yang mengamalkan kebersihan.
  2. Pilih produk telur yang telah dipasteurkan atau serbuk telur yang dikeringkan dengan sempurna.
  3. Cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan.
  4. Elakkan menggunakan telur-telur yang telah retak atau pecah kerana telur tersebut mungkin tercemar dengan bakteria salmonella.
  5. Simpan bahan makanan dengan cara yang betul dimana bahan makanan yang ingin digunakan dahulu diletak di bahagian hadapan.
  6. Jangan biarkan makanan sejuk beku di tempat yang tidak sesuai untuk tempoh lebih daripada 2 jam.

Kredit: KKM

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: