CUTI SEKOLAH , 5 TEMPAT MENARIK DI JOHOR

Selamat Datang Ke ReSihat . Kali ini saya ingin kongsikan kepada anda  berkenaan destinasi yang menarik untuk dilawati di negeri johor semasa cuti sekolah. Negeri Johor Darul Takzim sememangnya terkenal dengan destinasi percutian yang menarik. Semasa cuti sekolah, apa kata ibu bapa bawa anak-anak jalan ke Johor kerana banyak  tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi! Diharap maklumat ini akan memudahkan anda merancang perjalanan ke johor.

5 tempat menarik di sekitar  johor  yang Wajib Anda Pergi semasa cuti sekolah Bahagian 1

No.5

Thomas Town
Sanrio Hello Kitty Town

Thomas Town & Sanrio Hello Kitty Town

Sekiranya anak anda sukakan karakter kartun Hello Kitty dan kereta api Thomas Jadi ini adalah tempat yang anda wajib pergi bersama anak-anak anda. Kedua-dua taman tema  ini terletak di Puteri Harbour dan  sesuai untuk seisi keluarga. Waktu anda seharian pasti tidak akan bosan dengan pelbagai tarikan yang comel-comel. Jadi apa anda tunggu lagi? Jomlah ramai-ramai bersuka ria di Thomas Town dan Sanrio Hello Kitty Town!

No 4

La Stella Waterpark

La Stella Waterpark terletak di Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, johor. La Stella Waterpark yang terletak di Starhill Golf & Country Club membuatkan pengunjung berasa seperti di luar negara. Keunikan dan suasana kolam renang di taman tema ini pasti memberi kepuasan untuk setiap pengunjung. Bayaran masuknya juga murah dan berpatutan. Jadi jangan lupa bawa keluarga anda ramai-ramai ke sini!

No 3

G-Kids (Greenland Kids)

G-Kids terletak di Permas Jaya. Disini anak-anak berumur 4 hingga 17 tahun berpeluang untuk merasai dunia pekerjaan seperti orang dewasa. Taman tema ini mempunyai 29 bilik eksperimen untuk aktiviti seperti memasak, silap mata dan juga sukan. Selain belajar kemahiran baru, anak-anak juga dapat menentukan kerjaya apa yang mereka cita-citakan pada masa hadapan. Wahh.. menarik kan!

No 2

Movie. Cartoon. Music (MCM) Studio

Dikenali sebagai taman tema indoor terbesar di Asia Tenggara dan ke-5 terbesar di dunia, MCM Studio mempunyai lebih daripada 20 jenis tarikan .Taman tema ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu  Movie Planet, Cartoon Planet dan Music Planet. Anak-anak juga berpeluang untuk beramah mesra dengan karakter kartun terkenal seperti Garfield, Larva, Harry & Bunnie, Chuck Chicken, Dino Core dan banyak lagi. Kunjungan ke MCM Studio pasti akan memberi pengalaman yang tak akan dilupakan buat seisi keluarga!MCM terletak di Level 4, Capital City Johor Bahru .

No . 1

Legoland Malaysia Resort

Sekiranya anda bercuti ke johor dengan anak- anak tetapi tidak melawat taman tema ini, bemakna bukan bercuti di johor namanya. Legoland Malaysia Resort menawarkan pelbagai aktiviti outdoor dan indoor yang sesuai untuk setiap peringkat umur. Pastikan sekurang kurangnya sekali seumur hidup, anda bawa anak anda ke sini kerana ia akan menjadi memori indah kepada mereka. Anda boleh Dapatkan tiket masuk ke Legoland melalui atas talian iaitu di website rasmi Legoland .

SELAMAT BERCUTI SEMUA

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: