5 Tempat Menarik Unik Dan Terbaik Wajib Anda Pergi Di Cameron Highland

Selamat Datang Ke Resihat. Kali ini saya ingin share kan destinasi tanah tinggi yang sejuk wajib anda pergi iaitu  Cameron highland Pahang .Video ini akan memudahkan anda merancang perjalanan ke Cameron Highland. Ini adalah 5 tempat menarik di sekitar  Cameron Highland. Wajib Anda Pergi .

No 5

KREDIT : VISITMALAYSIA

Ladang Teh Boh Sungai Palas

Siapa yang tak kenal dengan jenama  BOH bukan? Ladang teh ini terletak di sungai palas berinchang dan di kenali sebagai boh tea center sungai palas.ladang teh ini antara lokasi “wajib” pergi jika ke Cameron highland.seperti ladang the boh di ringlet, pelbagai aktiviti menarik anda boleh buat di sini antaranya menikmati teh dan pecuci mulut terkenal seperti scone strawberry jam,melihat pameran serta anda boleh melawat ke kilang teh boh. yang menariknya ada boleh mendapatkan buah tangan yang unik seperti pelbagai jenis teh yang kadang kadang tiada di pasaran untuk di bawa balik sebagai buah tangan.

Bila sampai di sini jangan lupa berselfie serta bergambar Bersama dengan tersayang kerana keunikan dan keindahan pemandangan yang di hidangkan sangat cantik dan menenangkan bagi sesiapa yang melihat.

Kawasan ini agak pack pada musim cuti umum.so jika anda ingin bercuti dengan tenang boleh la datang pada waktu kerja ..

BACA: 5 Tempat Menarik Di Pulau Pinang (Penang ) Wajib Anda Pergi

No 4

KREDIT : VISITMALAYSIA

Taman agroteknologi MARDI

Tempat ini adalah salah satu lokasi wajib anda patut pergi Bersama keluarga kerana pelbagai flora dan fauna anda boleh lihat di sini .dari taman berkonsepkan ENGLISH sehingga la ke ladang teh serta ladang strawberry ada di sini.senang cerita kebanyakan apa yang seluruh cameron highland ada di sini.berkeluasan 40 hektar menjadikan tempat ini sangat wajib anda datang.antara paling best adalah keindahan pelbagai jenis flora yang cantik .pelbagai jenis bunga bunga anda tidak pernah nampak boleh di lihat di sini.

Anda juga boleh membeli pelbagai pokok2 bunga,buah serta baja malah makanan2 yang di hasilkan mardi di sini dengan mudah dan murah.akses mudah dari tanah rata menjadikan kawasan ini sangat wajib anda datang.kawan parking yang di sediakan juga sangat besar

Untuk masuk ke taman mardi ini anda perlu membayar tiket sebanyak rm5 utk dewasa dan rm3 untuk kanak2.pakej untuk sekolah juga di sediakan.jangan lupa terdapat food truck dan pelbagai makanan ringan di jual di dalam. Rugi siapa tak pergi ke sini.

No 3

Cactus valley

Tempat ini adalah antara destinasi wajib anda pergi dan syurga cactus bagi peminat cactus bila anda ke cameron .pelbagai jenis cactus boleh di lihat di sini.anda juga boleh membeli untuk di bawa balik.antara yang uniknya di sini adalah terdapat cactus berusia lebih 70 tahun.pelbagai variasi warna serta bentuk cactus anda boleh lihat dan yang bestnya boleh beli dan bawa balik sebagai cenderahati.

Lokasi bersebalahan big red farm stawberry.ada juga pelbagai pokok lain seperti apple , pokok bunga serta sayutan dan juga salad.harga tiket masuk adalah rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak2 .

BACA: 5 Tempat Menarik Di Melaka Wajib Pergi

No 2

KREDIT : VISITMALAYSIA

Pasar KEA FARM

Jika anda bercuti di cameron tidak sah jika tidak membeli pelbagai sayuran serta buah buahan fresh yang murah dari pasar kea farm ini. Terlekat di berinchang .lokasi ini adalah lokasi wajib bagi sesiapa yang ini membeli sayuran sebelum balik ke rumah masing masing.

Antara sayuran yang terkenal di sini adalah seperti asparagus,pelbagai jenis keldek ,serta buah yang WAJIB beli adalah strawberry.strawberry di sini sangat manis dan fresh jika anda datang pada musim strawbery berbuah.anda juga boleh pokok2 bunga yang cantik di sini.jangan lupa untuk beli jagung di sini.

Pada musim cuti kawasan ini akan jadi sangat pack dan selalu berlaku jammed dari arah tanah rata sehingga lah ke hujung berinchang.

Bagi anda yang ingin mebeli produk lain seperti bunga , madu boleh juga di dapatkan di sini.waktu operasi bermula 8am sehingga jam 6pm setiap hari.rancang perjalanan jika anda ingin ke sini.kawasan parking sangat terhad.kalau anda bernasib baik anda dapat park dengan mudah di sini.

No.1

Restoran Taman Abang Steamboat & Grill

Untuk makanan pula, dicadangkan untuk makan malam anda boleh terus ke Restoran Steamboat Halal di Cameron Highlands yang bernama TAMAN ABANG STEAMBOAT DAN GRILL.

Restoran Taman Abang Steamboat & Grill merupakan salah sebuah restoran steamboat halal yang terkenal dalam kalangan pelancong. Anda boleh kunjungi sekiranya anda ingin makan steamboat dan grill. Restoran ini menyediakan hidangan buffet steamboat & grill dan berkonsepkan di dalam sebuah taman.

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang anda boleh dapati di restoran ini dan makanan sentiasa akan diisi semula sekiranya didapati berkurangan. Ruang makan di sini juga selesa dan dihujani rimbunan pokok strawberi dan dedaun hijau yang menjadikan suasana makan lebih tenang dan santai.

Lokasi: 891-A. Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang (Google Maps)

Waktu Operasi: 8:00 AM – 12:00 AM

Kredit : Top5MY

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: