5 Tempat Menarik Di Melaka Wajib Pergi

Selamat Datang Ke Resihat . Kali ini saya ingin share kan destinasi yang sentiasa or pelancong lawati tidak kira dari dalam mahupun luar negara iaitu MELAKA .Video ini akan memudahkan anda merancang perjalanan ke Melaka Dengan Mudah.ini adalah 5 tempat menarik di sekitar  Melaka. Wajib Anda Pergi .

No.5

Menara Taming sari Melaka

Ramai yang tidak tahu dengan kewujudan menara taming sari ini.menara ini adalah tempat wajib anda lawati kerana anda boleh lihat pemandangan sekitar melaka yang cantik tidak kira pada waktu siang mahupun malam.

Setinggi 80 meter dan berpusing 360 darjah merupakan keunikan menara taming sari ini.anda juga boleh melihat panorama matahari terbenam dari menara ini.

Tempoh perjalanan menaiki menara ini adalah di antara 7 hingga 8 minit sahaja dan akan berputar 360 darjah sebanyak 1 – 3 kali sebelum turun.

Walaupun tidak lama ini merupakan pengalaman terindah yang wajib anda buat bila ke melaka.jangan lupa berselfie banyak bersama dengan orang yang tersayang.

Untuk harga tiket pulak kos untuk dewasa adalah rm17 manakala untuk kanak2 bawah 12 tahun adalah rm11 sahaja.ianya sangat murah dan berpatutan untuk menaiki menara ni.cuba la naik sekali seumur hidup anda pasti tidak akan menyesal.

No 4

Kota A Famosa

Percutian anda tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke lokasi wajib ini.kota afamosa ini berusia lebih 500 tahun dan merupakan mercun tanda yang sangat ikonik sejak zaman berzaman.

Nama lain untuk pintu gerbang ini adalah pintu gerbang santiago merupakan binaan eropah terterus yang masih kekal di asia.

Bagi pecinta sejarah  anda wajib datang ke sini untuk melihat binaa  unik yang di bina semenjak 1511 .kubu ini di bina untuk melawan penentang penduduk melaka pada waktu itu.

Lokasi ini juga dekat dengan beberapa tempat menarik seperti gereja st.paul,muzium kesultanan melayu melaka dan sebagainya.

No 3

Pantai Klebang Melaka

Bagi anda yang suka kan aktiviti sukan di lautan anda boleh datang ke sini untuk mandi dan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan air di sini.lokasi yang Cuma 5 ke 6 km dari bandar hilir melaka menjadi kawasan wajib pelancung datang untuk menikmati pemandangan yang indah dan cantik di sini.

Anda juga boleh memancing di sini dengan mudah.ramai juga pengunjung datang berkelah di sini.pantai klebang juga sangat dekat dengan kawasan menarik lain seperti muzium kapal selam dan tempat minum terbaik iaitu klebang coconut shake.bagi yang inginkan suasana romantik anda boleh melihat matahari terbenam bersama yang tersayang di sini

Anda juga boleh menyewa hotel berdekatan seperti di klebang beach resort ataupun shah beach resort.

No 2

Muzium Hang Tuah

Muzium hang tuah ini merupakan destinasi wajib anda pergi untuk melihat lagenda ,sejarah dan pelbagai monumen berkaitan hang tuah.siapa yang tidak tahu berkaitan hang tuah dengan slogan yang masih utuh sehingga sekarang iaitu takan melayu hilang di dunia ..

Terletak di kampung duyung melaka.kawasan ini juga sangat menarik kerana terdapat lanskap khas untuk anda semua berselfie bersama kawan mahupun keluarga .berdekatan dengan muzium ini terdapat perigi hang tuah yang di percayai di gali oleh hang tuah sendiri.sehingga hari ni perigi hang tuah masih lagi mengeluarkan air dan tidak pernah kering walaupun musim kemarau.

Anda boleh belajar tentang sejarah hang tuah bersama sahabat dia di sini.di ceritakan dalam bentuk infografik,pameran dan juga terdapat video animasi pendek tentang 5 pendekar ini..

No.1

Asam Pedas Claypot

Asam Pedas Claypot (Restoran Kota Laksamana) terletak di Jalan Laksamana 1 (Taman Kota Laksamana), 75000 Melaka. Sepertimana namanya, asam pedas claypot dihidangkan di dalam claypot, sesuatu yang jarang ditemui di restoran yang menyediakan hidangan asam pedas.

Asam Pedas Claypot

Apabila menyebut ‘asam pedas’ pasti akan terbayang jenis-jenis ikan yang sering dijadikan bahan utama masakan tersebut. Tapi, pernahkah anda makan asam pedas tetel? Ya, asam pedas tetel atau bahagian daging lembut bercampur urat dan lemak ini ada dihidangkan di Asam Pedas Claypot selain daripada ikan-ikan yang biasa digunakan dalam masakan asam pedas.

Kerana kelazatan asam pedas mereka, Asam Pedas Claypot seringkali menerima pengunjung dalam jumlah yang ramai sehingga memenuhi jumlah meja yang banyak yang telah mereka sediakan.

Kesesakan amat dirasai pada hari minggu. Asam Pedas Claypot dibuka pada waktu petang iaitu jam 5 sehingga 5 pagi.

Kredit : Top5MY

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: