Menu Diet Mudah : Resipi Ayam Bakar Lemon & Herb

Menu ketika anda sedang berdiet tidak semestinya membosankan. Hasilkan menu makanan sihat yang amat menyelerakan iaitu Ayam Bakar Lemon & Herb

Image from SAYS

Kredit : Says

Minggu ini, kami telah menghasilkan Ayam Bakar Lemon & Herb yang sempura untuk anda mula menjalankan gaya hidup yang lebih sihat. Resipi ini sangat ringkas untuk dibuat kerana hanya menggunakan dada ayam, pelbagai sayuran segar dan juga sos lemon & herb enak .

Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja. Memang best kalau diet macam ni!

Begini caranya untuk membuat Ayam Bakar Lemon & Herb:

Dapatkan resipi penuh di bawah:

Saiz hidangan: 2 servings

Bahan-bahan:

– 2 dada ayam
– 1/2 biji bawang (dipotong kiub)
– 1/2 biji lada benggala merah (dipotong kiub)
– 8 batang kacang perancis
– 1 cawan brokoli (dipotong)
– 1 batang lobak merah (dipotong julienne)

Bahan-bahan sos:
– 1/4 cawan minyak zaitun
– 3 sudu besar jus lemon
– 1 sudu kecil mixed herbs
– 1 sudu kecil garam
– 1 sudu kecil lada hitam

Cara:
1. Untuk sos, di dalam mangkuk, masukkan minyak zaitun, jus lemonmixed herbs, garam dan lada hitam. Kacau sehingga sebati.
2. Lapikkan baking pan dengan baking sheet.
3. Letakkan ayam, bawang kuning, lada benggala merah, kacang perancis, lobak merah dan brokoli. 
4. Tuangkan sos ke atas ayam dan sayuran. Kemudian, ratakan.
5. Bakar pada suhu 220°C selama 25 minit atau hingga masak.
6. Ayam Bakar Lemon & Herb sudah siap!

Kredit: Seismik Makan , Says

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: