TIPS TANGANI ANAK TANTRUM

Kredit gambar : Halodoc

ADA TAK ANAK2 MOMIES BIASA BUAT PERANGAI BESTT NI

ANAK BERGULING2 MENGAMUK DAN MENJERIT2 KAT SHOPPING MALL SEBAB TAK DAPAT BARANG YANG DIA NAK😓😭

JOM SAYA NAK KONGSI TIPS TANGANI ANAK TANTRUM💞

=============================================

☑️BIARKAN

💚Ketika ini emosi anak anda menguasai diri sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang betul. Saat ini memberi penjelasan tidak akan berkesan kerana frontal cortex otak mereka telah dikawal oleh emosi. Apa2 yang ibubapa buat atau cuba biasanya akan menyebabkan keadaan jadi lebih teruk!

💚Analogi : sama seperti sedang lemas dalam air. Masa ini nak ajar orang itu berenang pasti tak jadi punyalah! Terjun dan berada berhampiran orang itu tapi jangan terus paut kerana anda mungkin akan ditarik oleh mereka sekuat hati hingga anda pun turut lemas sekali. Apabila orang lemas itu lemah sedikit barulah paut dan tarik ke tepi.

💚Mereka menangis dan berguling semahu-mahunya hingga menarik perhatian orang lain. Ibubapa yang hati basah mesti rasa malu dipandang sebegitu. Jangan malu makpak sekalian. Biarkan sahaja anak anda begitu dan gerak jauh sedikit. Mereka akan tenang selepas beberapa ketika.

☑️BERI RUANG

💚Beri ruang untuk mereka melalak dan meluahkan emosi, dan tak perlu bertegang urat dengan mereka saat itu; samalah macam anda yang menangis masa kena rejek. Huhuhu

☑️TARIK PERHATIAN KE ARAH LAIN

💚Ada ibubapa yang bawa buku, toys dari rumah untuk distract anak mereka ketika tantrum di pasaraya. Boleh juga tunjuk ke arah lain contohnya burung di awanan atau ikan dalam akuarium berdekatan (kalau ada).

💚Taktik ini berkesan semasa tantrum baru sahaja mahu bermula. Jadi, kesan awal!

☑️JANGAN PUKUL

💚Waktu tantrum ini kalau dipukul walaupun pukulan manja, tangisan mereka akan jadi lebih teruk dan sangat teruk, hingga lebih banyak mata akan memerhati. Yang dapat nama buruk tentunya ibubapa.

☑️PELUK

💚Sambil membiarkan mereka dengan tantrum, peluk juga mereka hingga mereka tenang. Ingat, jangan cakap apa-apa waktu itu. Lihat semula poin nombor 1. Peluk sahaja dengan erat.

Kredit : Kelab Ibu Dan Anak Malaysia

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: