Tip dan KPI Meningkatkan Kemahiran Keibubapaan

Keibubapaan (parenting) merupakan istilah baru mengenai ilmu dan kemahiran membela dan mendidik anak. Dulu soal ini dianggap automatik – kita ikut cara ibu bapa kita membela kita atau ikut cara yang biasa orang lain lakukan.

Berikut merupakan 5 Tips Meningkatkan Kemahiran Keibubapaan. Rujuk gambar di bawah

Ini senarai KPI yang perlu ibu dan ayah buat setiap hari. Nampak banyak tapi setiap saat berlakunya 10 perkara ini adalah sangat istimewa terutama untuk anak 0 bulan hingga 6 tahun.

Semua ini bukan sahaja mencipta memori tapi ia juga membentuk kerapatan (bonding) dan kepercayaan mereka pada kita mak dan ayah.

1. Peluk anak- anak.

2. Mengajar anak- anak sesuatu yang baru.

3. Bermain dengan anak- anak.

4. Duduk dan dengar anak bercerita.

5. Membuat kerja rumah bersama- sama. Paling mudah kemas balik mainan yang mereka sepahkan.

6. Solat bersama anak- anak.

7. Berbincang tentang ilmu baru (ayat al quran, hadith, islam etc)

8. Memuji anak- anak dan sebut kebaikan anak.

9. Kurangkan marah pada anak. Semalam dh marah 10 kali, hari ini kita kurangkan ke 8 kali.

10. Berzikir bersama. Nyanyi asma ul husna terbaik!

HASILNYA bukan hari ini atau esok. HASILNYA akan datang. waktu anak berusia 7 tahun ke atas.

Kredit : Team IDK, Kelab Ibu dan Anak Malaysia , mutiaraislam online

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: