10 Cara Hilangkan Batuk Dengan Cepat Dan Berkesan

Setiap orang mahu sentiasa dalam keadaan sihat dan cergas. Namun begitu, sebagai manusia yang normal sudah pasti pernah jatuh sakit dan antara virus yang sering menyerang manusia adalah demam. Jika terkena virus ini, sudah pasti anda akan juga alami selesema dan batuk. Bagaimana cara untuk menghilangkan batuk dengan cepat dan berkesan?

Batuk dan selesema adalah dua serangkai yang tidak dapat dielakkan. Dalam masa setahun, mesti beberapa kali kita dijangkiti batuk dan selsema. Ubat dari klinik atau farmasi biasanya sudah siap tersimpan di rumah.

Foto: wallsdesk.com

Menurut Kementerian Kesihatan, antara punca yang menyebabkan batuk ialah:

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Alahan
  • Asma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Bagi anda yang sering terkena virus batuk ini, sudah pasti anda sudah tahu betapa penat dan sakitnya tekak apabila terpaksa menahan batuk tidak henti.

Sememangnya batuk merupakan sakit yang tidak akan berhenti selagi puncanya tidak dirawati. Namun, dengan sepuluh cara berikut, anda boleh hilangkan batuk anda. Ikuti petua hilangkan batuk di bawah ini.

1. Mandi dengan air panas

Foto: encikshino.com

Mandi dengan air panas dikatakan mampu mengurangkan tempoh batuk anda selain mandi dengan air panas adalah terapi terbaik untuk diri anda. Dengan mandi air panas, anda membolehkan kitaran darah anda untuk kembali optimum selain membantu saluran nafas anda untuk kembang.

2. Pergi spa urut

Foto: luvbody.blogspot.com

Bukan hanya bertujuan untuk cantik bila pergi ke spa, jika anda mengalami demam yang teruk, ianya bermakna perjalanan darah dalam badan anda tidak lancar.

Apabila sakit batuk anda telah berkurangan, anda digalakkan untuk pergi ke spa untuk berurut. Ia boleh melancarkan perjalanan darah serta membuat toksin-toksin yang tidak dikehendaki dalam badan anda. Pastikan anda meminum air yang banyak setelah mendapatkan rawatan di spa untuk membolehkan anda mengalami perubahan fizikal yang baik.

3. Teh dan madu

Foto: nitips.com

Meminum teh sangat baik untuk sakit tekak dan batuk. Apabila anda menambah madu sebagai ganti kepada gula, ia mempunyai efek teraputik yang membantu proses pemulihan. Jika anda tidak menggemari teh, anda boleh ambil madu itu secara terus atau mencampurkannya dengan air panas sahaja.

4. Menjaga kebersihan

Foto: dawaihati.com

Persekitaran yang tidak bersih juga boleh menjadi salah satu faktor mengapa anda mengalami batuk dan selesema. Bagi sesetengah orang sangat alah dengan habuk.

Sekiranya anda dapati diri anda sering bersin atau batuk jika berada di sesuatu kawasan, maka ini bermakna kawasan tersebut perlu dibersihkan. Walau apa ubat-ubatan moden dan tradisional yang anda ambil, tetapi persekitaran dan pemakanan anda kotor, anda tetap boleh kembali batuk selepas pulih sedia kala.

Namun sekiranya batuk anda tidak kurang dalam masa 3 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Tips-tips yang dikongsi ini hanyalah untuk membantu menghilangkan batuk dan tidak boleh digunakan sebagai gantian kepada nasihat doktor.

5. Menthol

Foto: amomsimpression.com

Minyak sapu yang memiliki menthol seperti Vicks boleh disapukan di dada selain gula-gula yang memiliki menthol boleh dimakan untuk membuka ruang nafas anda dan melegakan batuk. Namun begitu, rokok yang mempunyai methol bukanlah ubat kerana rokok adalah penyebab utama anda batuk dan ia menyebabkan batuk anda lebih teruk daripada biasa.

6. Tidur dengan bantal yang banyak

Foto: bangashari.blogspot.com

Sememangnya waktu paling sukar untuk tidur adalah apabila anda mengidap sakit batuk. Tidur sepanjang malam and tidak akan lena. Anda boleh cuba atasi masalah ini dengan menambah bilangan bantal di kepala apabila anda tidur kerana apabila kepala anda lebih tinggi sedikit daripada badan anda, ini membolehkan hingus atau kotoran di tekak dan hidung anda untuk hilang daripada salur penafasan anda.

7. Air

Foto: glensummitspringwater.com

Antara sebab kenapa anda batuk ialah kerana kurangnya air di dalam badan anda. Oleh itu, meminum air yang cukup setiap hari memainkan peranan yang amat penting. Ia dapat membantu peredaran darah serta membuang toksin-toksin di dalam badan melalui air kencing anda. Namun anda harus ingat bahawa air berperisa atau air manis tidak diambil kira.

 8. Sup ayam

Foto: mybigdata.blogspot.com

Sup ayam adalah salah satu menu pilihan ketika sakit, mungkin kerana sup ayam lebih senang dinikmati dan nyaman ditelah. Ketika demam selalunya akan mengalami batuk-batuk, hanya sup mampu memberi keselesaan apabila anda menelannya.

Kajian oleh Univerisiti Nebraska di Amerika Syarikat mengesahkan yang sup ayam memiliki ciri anti-inflamasi seperti kebanyakkan ubat batuk di samping ia membolehkan kotoran yang berada di tekak anda untuk cair.

9. Coklat

Foto: bukalapak.com

Coklat adalah salah satu makanan kegemaran kebanyakkan orang, rasanya yang manis dan sedap sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja yang memakannya.

Coklat yang dibuat daripada koko mengandungi theobromine yang dikatakan memberi tekanan terhadap saraf vagus. Saraf ini bertindak untuk menghasil reaksi batuk dalam badan anda. Maka, meminum coklat panas adalah baik untuk melegakan rasa batuk anda dari semasa ke semasa.

10. Kunyit

Foto: qqfashionbeauty.com

Kunyit adalah bahan asas dalam masakan, setiap rumah sudah pasti ada kunyit bukan? Selain digunakan dalam masakan, ianya juga mampu merawat sakit tekak anda. Anda boleh menggunakan kunyit dalam masakan singgang contohnya, dan ada boleh hirup air tersebut bagi melegakan sakit tekak anda.

Ada dikalangan kita sangat tidak suka untuk pergi ke klinik, bagi mereka ianya sangat leceh kerana perlu menunggu lama. Moga tips ini berguna untuk anda.

Kredit: siraplimau

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: