Pakar Kimia Pertikai Kandungan Vaksin

28 Feb 2019: Seorang jurutera kimia membuat pengakuan menolak vaksin selepas mendakwa terdapat bahan kimia berbahaya dalam kandungan suntikan pelalian berkenaan.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 36 tahun, mendakwa sebagai pakar kimia, dia mempertikaikan kandungan berbahaya dalam vaksin disembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa.

“Dalam Jadual Satu, Undang-Undang Penggunaan dan Pendedahan Piawai Bahan Kimia Mengganggu Kesihatan, ada senarai bahan kimia bahaya sekiranya terdedah kepada orang dewasa maka diwajibkan majikan membuat laporan penilaian risiko kesihatan terhadap bahan kimia.

“Bagaimanapun, undang-undang ini tidak terpakai untuk farmaseutikal perubatan seperti penghasilan antibiotik, antiseptik dan vaksin.

“Secara logiknya, jika bahan kimia yang sama digunakan dalam vaksin terdedah kepada orang dewasa sangat berbahaya kenapa perlu merisikokan kanak-kanak,” katanya.

Katanya, dia berharap ibu bapa mengkaji isi kandungan sebenar bahan berkenaan sebelum membenarkan anak masing-masing menjalani program imunisasi.

“Saya tidak mahu mempersoalkan kepada ibu bapa yang mengambil vaksin, terpulang kepada diri sendiri untuk tanggung risiko.

“Tetapi nasihat saya, baca dulu kandungannya. Sebenarnya sesiapa pun boleh minta sisipan vaksin untuk lihat kandungan dan bandingkan serta buat keputusan sendiri,” katanya.

Dia yang enggan mendedahkan nama bahan kimia berkenaan berkata, kesannya boleh mengganggu sistem tubuh badan manusia jika diambil berterusan.

“Saya tidak pelik jika selepas ini terdapat kematian atau lumpuh sebab ia sudah mengganggu perjalanan tubuh badan,” katanya.

Kesimpulan

Adakah terdapat data sebelum ini daripada nenek moyang kita yang menerima vaksin yang mati ataupon lumpuh? Tanyakan kepada diri anda sendiri. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Kredit Harian Metro

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: