Cara Renew Insurans kereta online

Berapa ramai di antara kita yang masih keliru dalam proses renew Insuran kereta dan roadtax anda? Saya pasti majoriti golongan lelaki pasti akan lebih tahu tentang proses ini.

Manakala, bagi golongan wanita mereka pasti ada yang masih keliru atau tak tahu tentang proses renew Insuran kereta dan Roadtax ini. Pada yang tidak tahu anda sangat terdedah untuk di di tipu oleh pihak insuran mahupun agen jualan mereka.

Seorang wanita Noor Hashiqen telah berkongsi berkenaan cara renew insurans kereta secara online. Dibawah adalah perkongsian beliau.

Renew Insurans Kereta Sendirian Berhad via Online 🚗

Setelah bertahun buat renewal kat agent, tahun ni kita try buat sendiri. Ramai dah yg memang buat sendiri, buat online je. Tapi kita baru nak try, jadi la..at least ada penambahbaikan kann..hehe

Lama jugak godek2, google sana sini nk tau mcm mana nk renew online. Bapaklahhhh senang..hahaha. Cuma nk dapatkan harga yg terbaik dan perlindungan yg sesuai, kena la usaha sikit kannn…

Bagi kawan2 yg belum penah renew online, ayuhhhh kita renew online & dapatkan rebate 10%! saya dapat jimat RM51.93 tauuu! 🤩

boleh check insurance company kat website sini:
1) https://www.myeg.com.my
2) https://www.imoney.my/ms/insurans-kereta
3) https://www.motortakaful.com/getonline/motor-takaful
4) https://online.takaful-malaysia.com.my/Motor

boleh check website ni jugak untuk tgk company mana yg okay ➡️https://www.ibanding.com/motor-insurance-award-2017-2018/

kalau buat direct dari Myeg pn boleh tapi ada kawan cakap buat direct dari website company baru dapat yg Rebate 10% tu. Bila belek balik quotation yg buat kat myeg, mmg xde la yg 10% rebate tu. nasib baik ada kawan baik hati share..TQ!

Setelah berhempas pulas dapatkan online quotation dari 9 companies, buat perbandingan harga/sum insured/coverage/review dari customers/complaints, maka saya pilih syarikat Takaful Malaysia untuk tahun 2019. 🙂 Dari segi harga, Takaful Malaysia dalam ranking ke 3 out of 9. Paling murah Kurnia Insurans tapi x berani nak ambil lepas baca review 😅 Mohon kawan-kawan yg mana ada pengalaman ambil dari Kurnia Insurans, boleh share pengalaman ye..

Steps nak renew insurans kereta secara online:

1️⃣ once dah confirm nak buat dari company insurans yg mana, p kat website company tu, just click and isi maklumat yg dikehendaki, dan proceed dgn bayaran.
Atau masuk website Myeg, Sign Up / Log In untuk beli insurans melalui website Myeg.

2️⃣ Klik kat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

3️⃣ Klik Auto Insurance Renewal (bagi yg nak renew melalui Myeg)

4️⃣ Pilih la company insurans mana yg hampa mau. lepas tu isi maklumat itu ini then proceed dgn bayaran.

5️⃣ Lepas dah proceed dgn bayaran, dah dapat pengesahan yg insurans tadi dah berjaya, jgn lupa download & print documents tu semua. simpan dalam file Roadtax & Insurance Renewal, nanti tahun depan senang nk refer balik.

6️⃣ Then boleh la p balik kat page JPJ tadi, klik kat Road Tax Renewal pulak. Isi maklumat & alamat nak hantar roadtax tu, bayar and settle! Jgn lupa print ye resit dah bayar tu. Nanti dalam 2 hari bekerja dapat la roadtax tu, boleh la tepek kat cermin keta! hihi.

ok sekian saja sharing untuk renewal insurans & roadtax secara atas talian. ☺️

Edit sikit. Siap bayar insurans 10.55am. Siap bayar roadtax 11.15am. 12.10pm, runner call nak hantar road tax. WOWWW PANTASSSS SANGAT NI!! 🤩🤩
Latest update: 12.52 dah dapat roadtax! Good job Myeg 😁

Nota Tambahan untuk yg ambil insurans Takaful Malaysia:
‼️Untuk makluman, pengendali perkhidmatan Tele Bantuan kami menyediakan perkhidmatan tunda percuma dari tempat berlaku kejadian ke bengkel panel Takaful Malaysia yang terdekat, ​sehingga 50km bagi setiap kejadian dan ianya merupakan perkhidmatan nilai tambah (Value Added service) untuk semua peserta sijil Takaful Kenderaan Komprehensif kami. Untuk jarak tambahan yang melebihi 50km, anda perlu membayar kos tambahan iaitu RM2.00 bagi setiap kilometer.

Kredit: Noor Hashiqen

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: