PENARIKAN SEMULA SIJIL HALAL JENAMA MUSHROOM???

Baru -baru ini kita digemparkan dengan berita penarikan semula sijil halal kilang Choon Seng Seafood Factory. Terdapat surat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Perak dan jenama produk Mushroom dikaitkan dengan kilang terbabit. Rujuk Gambar dibawah:

No photo description available.

Ramai netizen ingin memboikot barangan keluaran daripada syarikat tersebut.

Benar, sijil halal bagi syarikat Choon Seng Seafood Factory telah pun ditarik balik oleh pihak berkuasa. Namun, jenama mushroom BUKANLAH produk yang dikeluarkan daripada syarikat tersebut.

No photo description available.

Berikut adalah produk yang dikeluarkan oleh Choon Seng Seafood Factory

No photo description available.

QL FOODS SDN BHD PEMEGANG SIJIL HALAL YANG SAH

Berikutan penularan FITNAH mengatakan sijil halal QL Foods ditarik balik, saya ingin menjelaskan bahawa telah berlaku KEKELIRUAN dalam kalangan pengguna.

Untuk makluman,kilang yang telah ditarik balik sijil halalnya adalah kilang Choon Seng Seafood Factory yang terletak berhampiran dengan kilang QL Foods.

Untuk pengetahuan semua,QL Foods mempunyai 4 ORANG EKSEKUTIF HALAL TERMASUK SAYA DAN KAMI SANGAT KOMITED DALAM MEMASTIKAN SETIAP PRODUK KAMI ADALAH HALAL.

Oleh itu, saya mohon HENTIKAN SEMUA FITNAH BERKAITAN ISU INI.

#semaksebelumsebar
Dari facebook Halal Executive QL Food,Siti Salwa Abdul Ghani

Mohon semak terlebih dahulu sebelum sebar dan jadilah pengguna yang bijak

Kredit :
Siti Salwa Abdul Ghani , Halal Update

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: