Tanda- Tanda Kencing Manis

Kencing Manis

Kencing Manis juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus.

Kencing manis ialah satu keadaan dimana insulin yang dihasilkan oleh badan tidak mencukupi atau tidak berkesan, maka paras glukos akan meningkat dalam darah.

Pankreas , adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.

Diabetis terbahagi kepada:

  • Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
  • Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

Tanda- Tanda Kencing Manis


    1. Kabur penglihatan.
      Kapilari pada mata adalah paling halus, darah yang pekat adalah antara punca kegagalan penglihatan (katarak atau buta)
    2. Penyakit kulit yang berterusan.
    3. Luka lambat sembuh.
    4. Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
    5. Kebas kaki.
    6. Dahaga.
      Gula Semakin pekat dalam badan menyebabkan air “diserap” keluar daripada sel-sel badan
    7. Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
    8. Letih dan lesu.
      Sistem pengaliran nutrien dan oksigen tidak dapat berfungsi pada maksimum akibat aliran darah tidak lancar
    9. Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
    10. Kelemahan otot.
      Pegaliran darah gagal Berfungsi dengan baik mula menganggu kestabilan hormon.
    11. Kegatalan tanpa ruam.
      Akibat saliran darah tidak lancar dan glukosa tidak dapat diproses, sel darah mengeras menjadi gumpalan bawah kulit.

Kesimpulannya,

Anda hendaklah memerhatikan perubahan pada tubuh badan anda. Sekiranya, ada tanda-tanda penyakit kencing manis ini pada diri maka segeralah mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Bagi langkah pencegahan, kawallah pemakanan anda. Elakkan makanan manis yang berlebihan

Orang kata, penghidap kencing manis ini, air kencing dia pun semut boleh hurung. Sebab apa? Sebab air kencing dia manis. Benarkah?

Sekiranya anda ada pengalaman kena kencing manis, atau ahli keluarga yang menghidap kencing manis? Kongsikan petua kencing manis dengan kami di raungan komen.

Terima kasih kerana membaca artikel Tanda- Tanda Kencing Manis

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: