Penyediaan makanan untuk bayi

Sebelum penyediaan makanan untuk bayi sebagai ibubapa kita harus tahu tekstur makanan yang sesuai untuk anak mengikut umurnya

Bayi 6 bulan
Tekstur makanan puri (halus)
Minuman susu ibu
Senarai Makanan : beras, pisang, ubi kentang, keledek, lobak merah
Perlu dielakkan : garam, gula, telur, kekacang

Bayi 7-8 bulan
Tekstur makanan puri yg sedikit kasar 
Minuman susu ibu, air masak, jus buahan yg dicairkan 
Senarai Makanan : Buah-buahan, sayuran, telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar, telur putih, ikan dlm tin

Bayi 8-9 bulan
Tekstur makanan lenyek atau kisar
Minuman susu ibu atau susu formula, air masak
Senarai Makanan : Buah-buahan, sayur-sayuran, telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar, telur putih, ikan dlm tin

Bayi 9-12 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susu ibu atau susu formula, air masak, jus buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : Buah-buahan, sayuran, ikan, daging, produk tenusu, telur
Perlu dielakkan : telur putih, cili, garam, gula

Bayi 12-18 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susu ibu atau susu formula,air masak, jus buah-buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga

Perlu dielakkan : Telur mentah,cili dan kerang-kerangan

Bayi boleh diperkenalkan dengan makanan pepejal pada usia 6 bulan dan ada ibubapa yang memberiu anak mereka makan makan pepejal pada usia selepas 2 tahun tapi kalau dah 2 tahun dah ada gigi jadi boleh perkenal bubur nasi ysng kasar lah. Tetapi untuk bayi yang berumur 6 bulan kita perlu kisar sehingga halus sebab dia tak ada gigi lagi.

Buat puree Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur… gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah…

Sayur yg bayi boleh makan:

Bayam [email protected]
Brocoli
Kentang
Carrot
Pumpkin
Avocado
Cauliflower
Appricot ( blend dgn blender kering dulu)
Cranberry

Buah yang baby boleh makan -jangan lupa buang kulit dulu :

Pear
Apple Merah
Pisang
Strawberry
Blueberry

Boleh tengok gambar dibawah untuk lebih lanjut.

Ikan yang boleh di makan boleh start dalam 8 bulan

ikan salmon (mmg banyak khasiat)
ikan merah
ikan kurau

Bayi anda perlu dijaga dari segi pemakanannya.

Ikuti tip-tip yang berikut;

1. Garam, gula atau sebarang perasa tambahan adalah dilarang untuk ditambah ke dalam sebarang makanan bayi berusia bawah 18 bulan kerana organ dalaman bayi masih belum bersedia untuk memproses bahan-bahan tersebut.

2. Hanya 2 keping ikan bilis sahaja yang diperlukan sebagai perasa bagi bubur bayi. Ikan bilis tersebut bolehlah digoreng tanpa minyak, ditumbuk dan tabur dalam bubur bayi anda.

3. Buah-buahan citrus seperti oren, anggur dan limau limau tidak digalakkan diberi kepada bayi berusia bawah 1 tahun.

4. Keledek dan labu adalah buah yang baik dan boleh diberikan kepada bayi mengikut cara yang sesuai.

5. Air yang ditapis (bukan mineral water) adalah lebih baik diberikan kepada bayi dibandingkan dengan air yang tidak ditapis.

6. Air teh dan kopi tidak dibenarkan diberi kepada anak berusia bawah 4 tahun.

7. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, masa yang paling sesuai untuk mula makanan ialah ketika berusia 6 bulan. Ada pelbagai tanda yang ditunjukkan oleh bayi seperti sentiasa lapar dan tidak cukup dengan hanya menyusu dan mengecap seolah-olah ingin merasa apabila melihat orang makan.

8. Bagi memperkenalkan bayi tentang cara makan, ketika bayi berusia 5+bulan, anda boleh mula makan di hadapan bayi. Bayi anda akan menonton anda makan dan sekaligus akan faham apa yang anda lakukan.

9. Semasa memberi makan kepada bayi, pastikan anda menunjukkan muka yang gembira dan jadikan aktiviti makan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan bukan paksaan.

10. Makanan yang diawet seperti fruits puree yang boleh didapati di pasar raya adalah tidak sesuai diberi kepada bayi kerana mengandungi bahan pengawet yang tinggi. Jangan terpedaya dengan label makanan yang menyatakan ‘no preservative’ atau ‘no sugar added’.

11. Untuk menghilangkan bau hanyir pada ikan, perap ikan dengan asam jawa selama 15-20 minit dan basuh ikan sebelum disediakan sebagai makanan bayi.

12. Gunakan minyak bunga matahari, carotine atau minyak zaitun bagi makanan bayi kerana ia lebih berkhasiat berbanding minyak biasa.

13. Untuk memastikan bayi tidak allergy kepada sejenis makanan, cuba beri bayi makan dalam kuantiti yang sedikit selama 4 hari berturut-turut terlebih dahulu bagi melihat kesannya kepada bayi.

14. Cara yang paling baik memasak makanan bayi ialah dengan api yang kuat tetapi sebentar.

15. Ibu/ bapa perlu kreatif dalam menyediakan makanan bayi

Kredit: Panduan Perkembangan Bayi

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: