Bolehkah Ibu Menyusu Makan Paracetamol?

Image result for panadol for breastfeeding

Bolehkah Ibu Menyusu Makan Paracetamol?

Terdapat banyak kebaikan sekiranya anda menyusukan bayi anda. Kebaikan tersebut adalah kepada anda dan juga bayi anda. Susu Ibu akan meningkatkan ketahanan bayi terhadap jangkitan dan penyakit, mengenyangkan san menghilangkan dahaga, dan memenuhi semua keperluan pemakanan mereka untuk 6 bulan pertama. Susu ibu juga segar, murah(tak perlu dibeli)  dan memudahkan.  Proses penyusuan membantu mewujudkan ikatan yang dekat antara ibu dan bayi. Ia juga membantu rahim anda kembali ke saiz normal. Selagi anda menyusu, anda dan bayi anda akan mendapat manfaat darinya.

 

Bolehkah Ibu Menyusu Makan Paracetamol?

Ya, ibu menyusu boleh mengambil paracetamol. Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.  Walaubagaimanapun, hanya sedikit yang masuk ke dalam susu ibu anda dan ia tidak membahayakan bayi anda.

Ambillah Paracetamol bila perlu sahaja, dan mengikut dos yang telah ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek. Anda akan dapati berkenaan dos yang ditetapkan ini di luar paket atau risalah di dalamnya.

Walaubagaimanapun, dapatkan nasihat daripada profesional kesihatan sebelum mengambil paracetamol jika bayi anda:

  1. Dilahirkan secara pramatang
  2. Mempunyai berat lahir yang rendah
  3. Mempunyai masalah kesihatan yang serius

Berhati-hati dengan paracetamol yang digabungkan dengan ubat lain.
Paracetamol juga sering digabungkan dengan ubat-ubatan lain, termasuk codeine. Paracetamol digabungkan dengan codeine boleh dipanggil co-codamol atau Solpadeine.

Codeine dan ubat-ubatan lain mungkin tidak sesuai untuk diambil semasa anda menyusu.

Sentiasa periksa dengan profesional kesihatan, seperti ahli farmasi atau doktor anda, sebelum mengambil paracetamol yang digabungkan dengan ubat lain.

Jika anda memerlukan lebih banyak nasihat:
Rujuklah masalah anda kepada doktor ataupon ahli farmasi berdekatan anda.

 

Sumber: NHS UK dan Dr. Zubaidi

 

 

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: