Perancang Kehamilan Selepas Bersalin

Perancang kehamilan selepas bersalin

 

Image result for breastfeeding position

 

Jika anda menyusu badan secara eksklusif, dan masih belum mula memberi bayi anda makanan pejal, anda mungkin tidak perlu risau mengenainya lagi.

 

Penyusuan badan berfungsi sebagai perancang kehamilan

Penyusuan badan boleh berfungsi sebagai sejenis kaedah perancangan keluarga dengan melambatkan haid anda semula. Dan jika anda menyusukan badan, anda akan melakukannya dari hari bayi anda lahir.

Penyusuan badan yang kerap dan berterusan sebagai satu kaedah pencegah kehamilan dikenali sebagai kaedah “lactational amenorrhoea” (LAM).

Apakah “Lactational Amenorhea Method (LAM)” ?Teknik Lactational amenorrhea method (LAM ) adalah berdasarkan fakta dimana penghasilan susu ibu akan menyebabkan keadaan amenorrhea (ketiadaan haid). Ia adalah teknik yang akan memanjangkan tempoh ketiadaan haid melalui penyusuan susu ibu. Wanita yang mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif tidak mengalami proses ovulasi (pengeluaran ovum/telur) yang normal. Ini akan merendahkan risiko untuk hamil.

 

Jika dilakukan dengan betul, LAM dikatakan berkesan sehingga 98 peratus.

Walau bagaimanapun, LAM hanya berkesan jika:

  • bayi anda berusia kurang daripada enam bulan;
  • anda masih belum datang haid sejak bersalin;
  • anda menyusukan bayi anda secara eksklusif berdasarkan permintaan, malam dan siang.

Penyusuan badan secara eksklusif berdasarkan permintaan biasanya bermakna anda menyusu badan minimum enam kali setiap 24 jam. Jika anda mahu LAM berkesan bagi anda, jangan biarkan jarak di antara dua sesi penyusuan lebih lama daripada empat jam pada waktu siang atau enam jam pada waktu malam.  Dan jangan beri minuman lain atau makanan pejal kepada bayi anda. Penyusuan susu ibu mengganggu pembebasan hormon yang diperlukan untuk mencetuskan ovulasi. Jadi, lebih kerap menyusukan anak, maka lebih kurang kebarangkalian untuk berlaku pengovulasian. Penyusuan adalah terus dari payudara ke mulut bayi – BUKAN menggunakan pam .“Suckling effect” daripada bayi memainkan peranan penting untuk merencat proses ovulasi. Pemerahan susu tidak akan merencatkan proses ovulasi secara efektif.

Sebaik sahaja bayi anda berhenti menyusu badan secara eksklusif, penyusuan akan jadi kurang efektif sebagai pencegah kehamilan. Anda mungkin perlu menggunakan jenis pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Apakah jenis Perancang kehamilan yang boleh saya gunakan jika saya masih menyusukan bayi?

Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:

  • kondom untuk lelaki atau wanita;
  • diafragma atau penutup serviks;
  • pil mini;
  • suntikan;
  • implan;
  • sistem intrauterine (yang bermaksud “di dalam rahim”) atau IUS;
  • alat intrauterine (IUD).

 

Kesimpulan

Haid anda mungkin tidak akan bermula sehingga anda mengurangkan penyusuan badan atau menghentikannya terus. Namun anda masih boleh subur tanpa anda ketahui. Jadi penggunaan pencegah kehamilan mungkin memberi anda ketenangan fikiran.

 

Kredit : Baby Center

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: