3 Senaman Membantu Bayi Menjadi Kuat

 

Four Baby Exercises Smiling Baby Laying On Back

 

3 Senaman Membantu Bayi Menjadi Kuat

Ia mungkin kelihatan seperti bayi anda menghabiskan banyak masa berbaring, tetapi dia sebenarnya melakukan senaman setiap hari. Sama ada dia memukul objek, menendang kakinya, atau menggeliat semasa menukar lampin, dia sebenarnya menggerakkan ototnya. Dia akan memerlukan otot yang kuat untuk memegang kepalanya, mengguling, duduk, merangkak, dan akhirnya berjalan.  Terdapat beberapa senaman mudah yang akan membantu anda menjadi jurulatih peribadi kepada bayi anda sendiri. Berikut merupakan 3 Senaman Membantu Bayi Menjadi Kuat:

 

Image result for tummy time

1. Tummy Time

Bayi anda banyak menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan berbaring. Meniarapkannya ke perutnya membantu membina otot-otot di leher, lengan, bahu, belakang, dan perutnya, kata Robert Pantell, M.D., pengarang buku Taking Care of Your Child. Mulakan aktiviti ini selama tiga hingga lima minit per sesi. Setelah anda meniarapkan bayi anda di atas selimut atau playmat di atas lantai, turutlah bermain dengannya. Senyum, bercakap, bernyanyi, membuat wajah lucu, atau meletakkan mainan di dalam genggamannya akan membuatkan bayi anda ingin melihat, menjangkau, dan menendang, yang membantu membina otot yang dia perlukan untuk mengguling, duduk, dan akhirnya merangkak, kata Dr. Pantell.

 

Image result for Sit-Ups baby

2. Sit-Ups

Menarik bayi anda ke kedudukan duduk adalah satu lagi cara yang baik untuk menguatkan otot-otot di bahunya, lengan, dan belakang, kata Steve Sanders, Ed.D., pengarang buku Encouraging Physical Activity in Infants. Walaupun anda yang menarik bayi anda ke kedudukan duduk tetapi bayi anda secara semulajadi akan melenturkan otot perutnya dan bekerja untuk menjaga kepalanya sejajar dengan tubuhnya, yang membantu menguatkan otot dan membina keseimbangan. Senaman ini dilakukan seperti berikut. Ketika bayi anda sedang berbaring, genggaman tangannya dan perlahan-lahan menariknya ke arah anda. Anda boleh mula melakukan senaman sekitar 6 minggu. Sekiranya dia terlalu muda untuk senaman ini, anda perlu menyokong kepalanya, bukannya menariknya oleh lengan bawah. Letakkan lengan anda di belakang bahu dengan tangan di belakang kepalanya untuk menampu kepalanya. Anda mungkin hanya dapat menarik bayi anda satu inci atau dua pada mulanya, kata Dr. Sanders. Tetapi ketika dia usianya semakin bertambah dia akan pergi lebih jauh dan akhirnya memajukan dirinya kepada kedudukan duduk penuh. Latihan ini menyeronokkan untuk bayi anda kerana dia semakin dekat dengan wajah anda. Anda boleh menjadikannya lebih menarik dengan memberikan ciuman di bahagian kepalanya setiap kali sit-up.

 

Image result for Bicycling baby

3. Latihan Berbasikal

Adakah ibu anda pernah memberitahu anda untuk menggerakkan kaki bayi anda  seperti mengayuh basikal untuk membantu melegakan gas? Ya, latihan ini bukan saja menolak udara daripada tubuhnya, malah ia juga adalah cara yang baik untuk mengendalikan kaki, pinggul, lutut, dan punggung. Langkah ini membantu meningkatkan fleksibiliti. Letakkan bayi anda dalam keadaan berbaring dan perlahan-lahan menggerakkan kakinya seolah-olah dia mengayuh basikal. Ulangi gerakan tiga hingga lima kali, berehat, kemudian ulangi. Teruskan selagi bayi anda menunjukkan minat dengan tersenyum, dan menendang.

 

Kesimpulan

Berikut merupakan 3 Senaman Membantu Bayi Menjadi Kuat. Setiap bayi adalah berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Justeru ibubapalah yang boleh membantu mereka untuk menjadi kuat dengan menolong mereka melakukan sedikit senaman.

 

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: