Makanan Sesuai Bagi Bayi 6 Bulan- Resipi Bubur Nasi

 

Makanan Sesuai Bagi Bayi 6 Bulan- Resipi Bubur Nasi

 

Makanan pelengkap hanya perlu diperkenalkan apabila bayi brusia 6 bulan. Teruskan penyususan susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun. Perkenalkan makanan kepada bayi anda dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Setelah bayi dapat menerima makanan tersebut dengan baik, tingkatkan kuantiti makanan secara beransur ansur mengikut usia bayi anda.

Oleh itu ini adalah satu resipi Makanan Sesuai Bagi Bayi 6 Bulan. Selamat mencuba.

 

Bubur Nasi

Sukatan : 2 hidangan

Bahan-Bahan:

1⁄4 cawan beras
1 3⁄4 cawan air

 

Arahan :

  1. Masukkan beras dan air.  Didihkan dan kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau sehingga nasi menjadi lembut.
  3. Ketepikan.

Sebelum diberi kepada bati anda, kisar bubur sehingga halus.

Tambahkan susu ibu sedikit sebelum diberi kepada bayi.

 

Nota: Ada yang kisar beras dulu sebelum memasak

 

Sediakan makanan daripada pelbagai jenis makanan untuk memastikan semua keperluan nutrien dipenuhi. Daging, ayam, telur, susu dan produk tenusu perlu diberi dengan kerap. Elakkan menambah garam, gula atau bahan perisa ke dalam makanan bayi.

 

Tips beli sudu dan mangkuk khas untuk si manja anda:

  1. Bayi belum pandai menjilat sudu dengan lidah lagi, jadi belikan sudu plastik yang kecil dan nipis supaya senang disuap dalam kuantiti yang sedikit ke dalam mulut.
  2. Sebagai langkah keselamatan, beli jenis yang bersalut silicon yang berubah warna apabila tersentuh makanan panas. Ini boleh mengelak mulut bayi melecur.
  3. Mangkuk yang sesuai. Ada mangkuk yang dilengkapkan dengan pelekat silikon di bawah supaya mangkuk boleh lekat pada meja dan tidak senang bergerak.

 

Berminat untuk membeli sudu dan mangkuk khas untuk si manja anda. Boleh tekan link di bawah:

Mangkuk Makan Bayi Percuma Sudu [Boleh Melekat & Mengesan Suhu]

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: