TIPS KELANCARAN SUSU IBU DAN ELAK BENGKAK SUSU

Image result for TIPS KELANCARAN SUSU IBU DAN ELAK BENGKAK SUSU

TIPS KELANCARAN SUSU IBU DAN ELAK BENGKAK SUSU

Pernah tak para ibu mengalami bengkak susu atau payudara sakit dan bengkak. Bengkak susu adalah cabaran yang paling besar sepanjang tempoh penyusuan. Tidak dinafikan bengkak susu sememangnya sangat sakit.

Perkongsian daripada Safuhah Binti Mohamad dalam facebook beliau sangat berguna bagi panduan kepada para ibu dan yang baru bergelar ibu. Semoga bermanfaat

 

Hai.. assalamualaikum semua.. lama pulak x corat coret tentang penyusuan susu ibu.. ada ja.. masih lagi busy( baca busy la sangat 🤨) dengan konsultasi dan lawatan rumah ibu-ibu. Ada ja setiap hari temujanji sy berjumpa ibu.
.
Oklaaa harini berpeluang share story ( dengan izin mommy) mommy ni bersalin baby prem 24weeker pada 11 september lepas. Kiranya esok dia 1st day masuk keje.. so dia mai today utk troubleshoot kenapa pakai pump/handsfree cup sakit.. sbb dia selesa pakai manual pump..tapi kalau kerja x sesuai kan.. alhamdulillah lepas kami sit down.. sy tahu dah masalah mommy ni.. mommy x melekapkan corong dgn betul dan juga silap pilih mode di breastpump. Oleh kerana mommy dok guna pump manual.. mommy jadi letih sangat sehingga mommy x sedar bangun mlm perah. Overall badan mommy letih. Setiap kali perah perlu lama— baru rasa kosong/ringan.
.
Dua lagi mommy Dr.Saf jumpa last week. Mommy dah experienced,anak ke5.. keliru kenapa selalu kena blocked duct. Pelekapan semua ok. Tapi suka jadi bengkak susu.
Sama juga kisahnya dengan sorang mommy yang maiiiiii jauhhhh nun dari padang seraiii terjah koi 9 pg sbb x tahan bengkak susu. Katanya biji putih tu leps hilang mai balik. Asal nampak biji putih susu sumbat…
mommy tau dakk apa masalah semua ni???
.
STRESS/LETIH 😱😱😱😱 ye betulll bila kita stress berlarutan kita akan build up lactic acidosis dalam darah kita.. tanda-tanda keletihan/banyak acidosis ialah sakit tengkuk, lenguh lengan(ibu menyusu banyak guna tangan ampu baby)
Secara kimianya ACID + LEMAK= GUMPAL
Ni pun sifu saya Hairin Anisa Tajuddin yang share and kongsi dgn sy dan rakan-rakan bcnp lain.
.
Hari ni saya nak share tips mudah dan relaks menyusu
1. Niat- pasangkan niat dan bayangkan puan menyusu mudah dan tenang
2. Pastikan mommy dapat rehat yang cukup. Kalau dalam pantang x perlu dah nak perah-perah. Fokus penyusuan terus dulu. Kalau berpisah dgn anak, perah 3jam sekali dan kena bangun waktu malam. Tapi tetap kena jaga tidur.
3. Amalkn pemakanan yang sihat dan kaya nutrisi terutama lemak baik.
4. Amalkan lecithin 1000mg dan juga vitamin C + zinc 1000mg utk yang sering kena blocked duct.
5. Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya ikut berat badan iaitu 25kg=1liter air. Air akan bantu badan sebtiasa terhidrat.
6. Urut payudara dengan sikat dan minyak ( saya guna urutan tangan dan minyak pati oren-oren boleh beri sensasi happy, dan mood ceria)
7. Buat latihan pernafasan 2,4,8 sambil membayangkan perkara-perkara positif dalam dunia penyusuan mommy. ( saya suka juga ajar guna minyak pati tumbuhan sperti lavender/oren)
2 saat tarik
4saat tahan nafas sambil berangan
8saat hembus perlahan-lahan.
8. Katakan pada diri: im a great mom i give the best for my baby and i will breastfeed baby sampai umur 2thn-ini adalah doa. Baca kuat-kuat hari2. Dok duk depan cermin lagi bagus!

 

Kredit :  Safuhah Binti Mohamad

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: