Kematian Rabies Baru di Sarawak

Kematian Rabies Baru di Sarawak

5 DISEMBER 2018 :  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 28 November 2018 yang melaporkan mengenai seorang lelaki berumur 21 tahun daripada Kuching, Sarawak yang telah disahkan rabies. Untuk makluman, pesakit tersebut telah meninggal dunia pada pagi 4 Disember 2018 di Hospital Umum Sarawak. Punca kematiannya adalah Rabies Encephalomyelitis. KKM ingin mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Kematian kes rabies baru ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 13 daripada 14 kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak pengisytiharan wabak pada 30 Jun 2017. Manakala, satu (1) kes lagi masih dirawat di rumah dengan komplikasi neurologi.

 

BACA: Virus Rabies Dan Tanda-tanda Penyakit Anjing Gila

 

Sehingga 4 Disember 2018, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan 54 buah kawasan di 11 Bahagian di Sarawak sebagai kawasan jangkitan rabies di kalangan haiwan. Hanya Limbang sahaja kawasan yang masih bebas rabies.

KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak komited dan akan mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, agensi-agensi lain serta negara jiran seperti Indonesia bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan rabies dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

 

BACA: Pencegahan Rabies Dan Tindakan Yang Perlu Sekiranya Anda Digigit

 

ADAKAH RABIES SERING MENYEBABKAN KEMATIAN RABIES?

Jangkitan rabies terhadap manusia disebabkan oleh virus rabies klasik adalah 100% menyebabkan kematian, dengan tiada rawatan tertentu yang boleh didapati di mana-mana.

Hanya terdapat 7 kes pesakit yang sembuh daripada rabies pernah direkodkan, di mana mereka telah menerima rawatan intensif.  Hampir kesemua mereka telah menerima vaksin pra-pendedahan terhadap rabies yang kemungkinan telah mengubah pola perjalanan jangkitan.  Hanya satu kes jangkitan rabies pada manusia yang disebabkan oleh gigitan kelawar tidak menerima vaksin pra-pendedahan tetapi telah sembuh (walau bagaimanapun, kes ini tidak disebabkan oleh jangkitan virus rabies klasik).

 

ADAKAH WAJAR DENGAN HANYA MEMERHATIKAN PERLAKUAN ANJING ATAU KUCING YANG TELAH MENGIGIT MANGSA SELAMA 10 HARI TANPA SEBARANG RAWATAN DIBENARKAN?

Tidak.  Terdapat rabies yang berleluasa di sesebuah tempat yang terdapatnya anjing dan kucing, dan semestinya diberi rawatan dan disimpan selama 10 hari untuk dikenal pasti dan pemerhatian.  Sekiranya haiwan tersebut didapati sihat dalam jangka masa pemerhatian, “post-exposure rabies prophylaxis/(PEP)” dilaksanakan terhadap mangsa sebagai pendedahan terlebih dahulu di mana pemberian vaksin adalah untuk mengelak rabies jika berlakunya sebarang gigitan di kemudian hari.

 

Kredit: DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH, KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

dan Hospital Umum Sarawak

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: