Pencegahan Rabies Dan Tindakan Yang Perlu Sekiranya Anda Digigit

Risalah Rabies

 

Pencegahan Rabies Dan Tindakan Yang Perlu Sekiranya Anda Digigit

 

APAKAH YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI PENCEGAHAN RABIES DAN KAWALAN ?

Menjadi pemilik haiwan yang bertanggungjawab dengan memberi vaksin kepada semua anjing atau kucing peliharaan terhadap rabies, seperti yang disarankan oleh doktor haiwan atau petugas kesihatan haiwan.

Simpan surat keterangan tentang vaksinasi anjing dan bawa bersama semasa vaksinasi tahunan.

Jangan menjual atau mengambil susu atau daging dari lembu atau kerbau yang dijangkiti rabies atau disyaki rabies.

 

BAGAIMANA SESEORANG ITU BOLEH MENGENDALIKAN LUKA GIGITAN HAIWAN?

Sekiranya seseorang itu digigit oleh haiwan:

  • Segera cuci bahagian luka dengan air dan sabun selama 10 hingga 15 minit. Jika ketiadaan sabun, basuh dengan air sahaja.  Ini merupakan langkah awal rawatan pencegahan terhadap rabies yang paling efektif.
  • Luka harus dibersihkan dengan pencuci beralkohol/etanol 70% atau povidone-iodine, jika ada.
  • Segera bawa individu tersebut ke klinik Kesihatan atau hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

APAKAH YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN PADA LUKA GIGITAN HAIWAN?
Elakkan :

  • Menyapu krim perengsa terhadap luka seperti serbuk cili, jus tumbuhan, asid atau alkali.
  • Menutup luka dengan pembalut luka.

 

BAGAIMANA RABIES BERKEMBANG DALAM TUBUH MANUSIA?
Setelah memasuki sistem tubuh manusia, virus rabies bergerak dari jaringan lapisan tisu paling dalam di bawah kulit manusia, atau daripada otot ke dalam saraf periferal (contoh: tisu atau saraf di luar bahagian otak atau saraf tunjang).

Virus berkenaan bergerak di sepanjang sistem saraf menuju ke saraf tunjang dan otak dengan kecepatan 12-24 mm sehari.  Individu yang dijangkiti akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan tanda-tanda klinikal apabila virus telah sampai ke sistem otak.  Tempoh pengeraman adalah pelbagai, iaitu, dalam beberapa hari hingga ke beberapa bulan, dan boleh mencapai hingga 1 tahun.

 

APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN RABIES?
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan jangkitan rabies termasuklah:

  • Jenis pendedahan terhadap gigitan
  • Parahnya luka gigitan
  • Jumlah kuantiti virus rabies yang masuk
  • Haiwan yang menggigit
  • Status keimunan mangsa gigitan
  • Lokasi gigitan – gigitan pada kepala dan leher termasuklah juga kesan luka pada jari, secara umumnya mengalami tempoh pengeraman yang lebih singkat disebabkan dekatnya jarak virus dengan tisu saraf.

 

BERAPA LAMA  JANGKA  MASA YANG DIPERLUKAN BAGI ANJING DAN KUCING UNTUK MENJADI RABIES, DAN BERAPA LAMA TEMPOH HAIWAN RABIES DAPAT BERTAHAN HIDUP?
Tempoh pengeraman adalah dalam beberapa hari hingga ke beberapa bulan.  Manakala, tempoh dari keadaan sakit hinggalah kematian adalah pelbagai dari 1 hingga 7 hari.

 

Kredit: Hospital Umum Sarawak

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: