Petua Hilangkan Batuk Bayi Tanpa Ubat Yang Berkesan

Petua Hilangkan Batuk Bayi Tanpa Ubat Yang Berkesan

 

 

Bayi dan kanak-kanak paling mudah dijangkiti batuk dan selsema. Ianya adalah normal jika anak masih aktif dan menyusu seperti biasa. Namun jika anak tiba-tiba tidak aktif, tidak mahu menyusu dan berat badannya menurun, segeralah bawa anak ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lajut.

Berjumpa doktor tentulah menjadi keutamaan jika anak sakit. Tapi tidak salah juga untuk mencuba petua yang boleh dibuat di rumah. Asalkan ianya tidak memudaratkan anak.

 

Petua hilangkan batuk bayi dengan kentang

 

Seorang ibu di California, Debbie telah berkongsi petuanya yang menggunakan kentang. Menurut Debbie, sebelum ini dia pernah terbaca tentang petua meletakkan kentang di dalam stokin bayi apabila mereka jatuh sakit.

Dan semasa anaknya, Deairres terkena selsema dan batuk, Debbie meletakkan kentang selama 1 jam dalam stokin anaknya itu.

Selepas melakukan petua itu, Debbie mendapati anaknya tidak lagi sakit! Tiada batuk atau selesema. Malah tidur tanpa gangguan sepanjang 12 jam.

Perkongsian Debbit telah dikongsikan hampir 300,00 kali oleh ibu bapa lain hanya selepas seminggu.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/petua hilangkan batuk selsema lead 1.jpg Petua hilangkan batuk dan selsema anak guna kentang ini sungguh mujarab!

Dari Facebook milik Debbie. Anda boleh membaca perkongsian penuh dari Debbi Vigan’s di pautan ini.

 

 

Petua hilangkan batuk bayi dengan kentang: betul atau kebetulan?

Penyelidik perubatan, Jenny Hill, melalui kajiannya dalam Healthy and Natural World, juga menyokong petua menghilangkan batuk anak seperti yang dilakukan oleh Debbie ini.

Menurutnya, kentang dipercayai mempunyai sifat anti-toksik yang boleh membunuh bakteria dan virus. Dan pengetahuan ini telah diguna pakai sejak zaman purba Cina dan Mesir.

Jadi, adalah tidak mustahil untuk ibu bapa menggunakan petua ini dalam merawat anak-anak.

 

Cara- cara petua hilangkan batuk bayi dengan kentang

  • hiris sebiji kentang lebih kurang 1/8 inci
  • letakkan dalam stokin yang anak anda sedang pakai
  • biarkan semalaman

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/01/petua hilangkan batuk selsema 3.jpg Petua hilangkan batuk dan selsema anak guna kentang ini sungguh mujarab!

Menurut ibu-ibu yang telah mencuba, bukan saja cara ini mengurangkan batuk dan selsema, ia juga dapat menurunkan demam anak!

Laman WebMD, telah memaparkan yang kentang mempunyai sifat anti bakteria. Dan kentang mentah amat terkenal sebagai membantu mengurangkan simptom artritis, jangkitan, melecur dan sakit mata.

Jika digunakan untuk membuat jus, kentang boleh membantu masalah perut tidak selesa dan kembung. Jika dijadikan serbuk dan dicampurkan dengan air, ia boleh membantu mengurangkan berat badan.

Menarik bukan? Walaupun awalnya petua menghilangkan batuk selsema ini hanya dengan sepotong kentang di dalam stokin.

 

Namun begitu, janganlah menggunakan asalan ini untuk menidakkan anak anda mendapat rawatan doktor.

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang keadaan anak anda. Jika bukan apa-apa yang serius, sokong pemulihan anak anda dengan petua seperti ini.

 

 

Kredit: The Asianparent Malaysia

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: