Jangan Beri Madu Pada Bayi

Jangan Beri Madu Pada Bayi

 

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan salah satu kumpulan perubatan yang bersetuju bahawa madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi di bawah 12 bulan. Tidak kiralah sama ada dicampurkan ke dalam susu, digunakan untuk melegakan sakit gusi akibat pertumbuhan gigi ataupun yang ditambah ke dalam produk makanan bayi yang lain.

 

Pakar kanak-kanak semua bersetuju bahawa madu tidak boleh diberi kepada bayi di bawah umur 1 tahun, disebabkan spora Clostridium botulinumyang mungkin hadir dalam madu.

 

Walaupun kes-kes botulism bayi jarang berlaku, ia adalah lebih selamat untuk memberi madu kepada kanak-kanak yang lebih besar dan dalam kuantiti yang kecil.

 

14516509_1389985757679031_125077527567085297_n

Post berkenaan bayi yang sudah mengalami penyakit Botulism

 

Menurut The Japan Times, bayi berusia 6 bulan di Adachi Ward, Tokyo ini maut kerana botulisme selepas keluarganya memberinya madu.

Mereka telah beri bayi makan madu campur jus dua kali sehari selama hampir sebulan!

Ahli keluarga ini berkata mereka telah mencampurkan madu ke dalam jus yang dibeli dari kedai dan menyuap anak mereka kerana mereka sangka ia adalah baik untuk badan anaknya.

Malangnya, bayi mereka perlu dikejarkan ke hospital selepas mengalami sawan dan sesak nafas.

Ujian menunjukkan bayi ini telah menghadam madu yang tercemar dengan bakteria yang menghasilkan toksik yang dikenali sebagai Clostridium botulinm dan ini menyebabkan dia keracunan botulisme.

Bayi ini meninggal sebulan kemudian. Ini adalah kematian pertama disebabkan oleh botulisme di Jepun sejak 1986.

 

 

Sumber: theasianparent Malaysia, rootofscience, Dr. Zubaidi , World Health Organization 

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: