Makanan yang Perlu Dielakkan bagi Ibu Menyusu

Makanan yang Perlu Dielakkan bagi Ibu Menyusu

 

 

Secara amnya, anda berkongsi makanan dengan bayi anda semasa anda menyusuinya. Oleh itu, anda perlu fikirkan apa yang anda makan mempunyai nutrisi yang tinggi dan pelbagai.

Walaupun ada beberapa jenis makanan yang mungkin perlu ibu elakkan kerana boleh menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa, ‘angin’ atau kembung perut serta  ada makanan yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Tetapi,  jangan jadikan ia menjadi penghalang untuk anda mengamalkan diet yang seimbang.

 

3 Jenis Makanan yang perlu Dielakkan bagi ibu menyusu:

  1. Makanan yang boleh mengganggu proses penghasilan susu
  2. Makanan  yang berangin
  3. Makanan yang boleh menimbulkan reaksi alahan terhadap bayi.

 

Makanan yang boleh mengganggu proses penghasilan susu

 

 

Peppermint (Pudina)
Pudina  merupakan makanan yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu kerana diyakini boleh mengganggu proses penghasilan susu ibu.

Menurut pakar herba , teh pudina sering digunakan sebagai salah satu cara bagi membantu memberhentikan pengeluaran susu badan jika anak mahu bercerai susu.
Gula- gula pudina dan ubat batuk methol juga perlu digunakan secara sederhana kerana kedua-duanya mengandungi minyak peppermint yang pekat.

 

Makanan yang Berangin

 

1. Susu / Produk Tenusu

Susu merupakan makanan yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu. Bayi anda juga boleh bertindak balas terhadap apa yang anda makan jika bayi anda alah terhadap makanan tertentu, seperti susu lembu. Jika anda mengesyaki adanya alahan makanan, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Berhati-hati dengan diet anda dan sentiasa dapatkan nasihat pakar. Misalnya, memberhentikan pengambilan susu dari diet akan menghalang anda dan bayi mendapatkan sumber kalsium penting. Memberi bayi anda menyusu badan untuk sekitar enam bulan adalah langkah yang baik ke arah mencegah alahan pada bayi anda.

2. Kobis, brokoli, taugeh dan asparagus.

 

Sayuran hijau seperti kobis, brokoli, taugeh dan asparagus. Ada bayi yang tidak serasi akan berasa ‘angin’ atau kembung selepas anda memakan sayuran jenis ini.

3. Coklat & Kafein

Coklat mengandungi kafein, seperti mana yang juga terdapat dalam teh dan kopi yang merupakan makanan yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu.

4. Minuman Berkarbonat

 

 

Seperti yang diketahui ramai, air berkarbonat ini mengandungi belon udara yang perlu dilepaskan oleh tubuh selepas meminumnya. Inilah yang menjadi punca ‘angin’ dalam perut bayi.

Makanan yang boleh menimbulkan reaksi alahan terhadap bayi.

 

1. Telur

Telur adalah antara makanan yang menyebabkan alergi pada bayi. Ini adalah kerana kandungan sulfur yang terkandung di dalamnya akan membangkitkan rasa tidak selesa bagi sesetengah orang, terutamanya bayi.

 

2. Kacang

Umumnya, tak ada masalah memakan kacang bagi ibu menyusu melainkan anda memang alah terhadapnya. Namun, kacang adalah salah satu bahan makanan yang sering menimbulkan reaksi alahan terhadap bayi.

Jadi jika ia kali pertama anda memakannya semasa menyusukan bayi, ambillah dalam kuantiti yang sederhana terlebih dahulu. Sekiranya bayi anda alah kepada kacang , justeru kacang merupakan makanan yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu.

Kesimpulan

Jika anda merasakan bahawa sesetengah makanan menyebabkan bayi anda sensitif, cuba elakkan makanan tersebut selama seminggu dan lihat hasilnya. Setelah bayi sihat, cuba lagi makanan tersebut dalam kuantiti yang kecil. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda mengenalpasti apakah sebenarnya makanan yang tidak dapat diterima oleh bayi yang menyusu.

 

Sumber: pantangplus

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: