Penyediaan makanan untuk bayi 6 bulan ke atas

Penyediaan makanan untuk bayi 6 bulan ke atas

 

 

Usia 6 bulan merupakan antara detik paling mengujakan untuk semua ibubapa. Ibu bapa mana yang tidak teruja untuk lihat si manja mereka mencuba makanan pejal buat pertama kali?

 

Image from Reddit

Image via Reddit

 

Sebagai rujukan, umur 6 bulan disyorkan oleh badan-badan perbadanan kesihatan seperti World Health Organisation dan UNICEF sebagai umur optimum untuk bayi mula mencuba makanan.

Ini adalah kerana secara umumnya, bayi berumur 6 bulan mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan bersedia untuk mula menerima makanan. Pada umur ini juga, bayi selalunya sudah mula pandai menelan makanan.

Apabila anak cukup umur dan boleh mula mengambil makanan pejal, terdapat ibu-ibu yang kurang pasti cara untuk mengatur jadual makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun.

Ibu-ibu pasti sudah biasa dengan corak penyusuan anak, kerana untuk 6 bulan pertama anak hanya bergantung kepada susu untuk mendapat nutrien.

Tapi kini, anda akan mula menggabungkkan jadual makanan pejal dengan perlahan-lahan bersama dengan jadual penyusuan pula.

Ibu bapa boleh mula dengan 1 sajian sehari sebagai permulaan, contohnya semasa waktu makan tengah hari saja.

Kekerapan ini boleh ditambah dengan perlahan-lahan sehingga bayi anda makan sebanyak 3 kali sehari. Sementara itu, susu ibu masih perlu diberikan mengikut jadual biasa, iaitu setiap 2 – 3 jam, atau mengikut permintaan bayi.

Apabila memperkenalkan makanan baru, mula dengan 1 bahan sahaja selama 3-5 hari berturut-turut. Tujuan ini, ialah untuk melihat jika bayi anda mempunyai sebarang alahan terhadap makanan tertentu.

 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/03/makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun alpukat.jpg Bagaimana nak menetapkan jadual pemakanan untuk bayi 6 bulan hingga 1 tahun?

Alpukat adalah buah yang kaya dengan lemak baik dan pilihan baik sebagai makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun. Sumber gambar: Youtube

Panduan mengatur jadual makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun:

Untuk bayi 6 bulan

  • Susu ibu – seperti jadual biasa atau mengikut permintaan bayi.
  • Bubur nasi– 1 kali untuk 3-5 hari pertama. 2 kali pada minggu berikutnya, kemudian tingkatkan sehingga 3 kali. Kemudian, secara beransur-ansur, tambahkan bahan lain seperti sup stok ayam, kuning telur, puri sayuran ke dalamnya.
  • Puri buah atau/dan snek yang berupa biskuit bayi yang dilenyek bersama susu ibu – 1 kali.

Untuk bayi 7-8 bulan

  • Susu ibu – mengikut permintaan bayi.
  • Bubur yang lebih likat– 3 kali. Sama seperti bubur yang diberikan ketika berusia 6 bulan, bubur ini boleh ditambah dengan pelbagai bahan makanan lain supaya si manja anda mendapat nutrisi yang lengkap. Ibu bapa juga boleh mula memberi sedikit daging cincang, selain stok sup ayam.
  • Buah dan/atau snek biskuit bayi – 2 kali. Buah yang diberi tidak perlu dipuri hingga halus lagi. Sebaliknya pilihlah buah yang lembut seperti pisang, betik dan alpukat yang dipotong kecil-kecil yang boleh disuap dengan susu kecil.

Untuk bayi 9-11 bulan

  • Susu ibu – mengikut permintaan bayi.
  • Bubur / nasi lembut – 3 kali.
  • Finger food (makanan yang dipotongan kecil sehingga dapat diambil sendiri oleh bayi) misalnya buah, sayuran, roti, kentang, dll  – 2 kali sebagai snack dan sarapan.

 

Semoga bermanfaat.

 

SumbertheAsianparent Malaysia

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: