Senaman Selamat Selepas Pembedahan Caesarean

Senaman Selamat Selepas Pembedahan Caesarean

 

 

“Badan dah berat semacam, cepat mengah, nak berjalan pun rasa cepat penat. Nafsu makan pulak bermaharajalela selepas bersalin ni.  Macam mana untuk mendapatkan kembali tubuh badan  yang langsing dan cergas seperti sebelum mengandung dahulu? ” Bersenam??? Tapi saya bersalin Caesarean.

Persoalan ini bermain di fikiran kebanyakan wanita yang telah melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak terutama wanita yang bersalin Caesarean. Pelbagai perubahan fizikal dan emosi dilalui di dalam tempoh tersebut. Salah satu daripadanya adalah penambahan berat badan disebabkan kehamilan. Kebanyakan wanita akan mengalami purata kenaikan berat badan sebanyak 15-20 kg semasa mengandung.

Kurangkan berat badan selepas bersalin?

Selepas melahirkan anak, anda akan terus kehilangan lebih kurang 6 kg. Selepas itu, anda akan kehilangan berat air dan apabila rahim telah kembali ke saiz asalnya, anda mungkin kehilangan sebanyak 2 atau 3 kg lagi. Sekiranya anda menyusukan bayi, ini membantu mengurangkan lagi berat badan kerana penghasilan susu badan menggunakan simpanan lemak di dalam tubuh dan mampu membakar lebih banyak tenaga.

Harus diingatkan bahawa kenaikan berat badan semasa mengandung berlaku sepanjang tempoh 9 atau 10 bulan. Maka, untuk mengurangkan kembali berat tersebut dan mengembalikan tahap kecergasan anda juga memerlukan masa. Di bulan-bulan awal selepas kelahiran bayi anda, anda tidak seharusnya berdiet kerana tubuh anda memerlukan tenaga serta nutrien yang lebih untuk memenuhi keperluan anda dan juga bayi anda. 

 

Kevin Zahri menyatakan bahawa “Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda kembali ke bentuk asal.”Anda boleh menetapkan tempoh 6 bulan untuk membenarkan tubuh anda kembali ke bentuk asal secara semula jadi sebelum anda membuat langkah untuk mengikuti pelan pemakanan yang terkawal atau rejim senaman yang terancang.

Apa yang pasti, bersenam dan pemakanan seimbang merupakan komponen yang penting dalam mengembalikan kecergasan tubuh selepas bersalin.

 

Senaman Selamat Selepas Pembedahan Caesarean

 

Pembedahan caesarean ialah pembedahan besar, jadi jangan mendorong diri terlalu cepat. Enam minggu pertama selepas pembedahan ialah masa untuk penyembuhan.

Jangan buat sebarang senaman berat atau mengangkat yang berat-berat dalam dua bulan pertama. Walau bagaimanapun, anda boleh mula berlatih senaman lantai pelvis ( Kegel) sebaik sahaja anda rasa sihat sedikit. Kehamilan menyebabkan tekanan berat ke atas lantai pelvis anda, jadi senaman ini adalah penting, tidak kira bagaimana cara anda melahirkan.

 

Senaman kegel.

Image result for senaman kegel

Kebaikan Senaman Kegel

  • membantu menguatkan lantai pelvik
  • melancarkan perjalanan darah
  • mempercepatkan penyembuhan luka episiotomi
  • mengelakkan terkencing ketika batuk dan bersin
  • menguatkan otot faraj

Terdapat juga senaman yang selamat yang anda boleh cuba selepas  pembedahan Caesarean seperti video di bawah. Buatlah semampu anda dan sekiranya tidak boleh lakukan janganlah memaksa diri. Selamat bersenam.

 

0-2weeks post up

 

2-4 weeks post up
4-6 weeks post up

Sumber: BabyWeightTV, Kevin Zahri & Klinik Keluarga & Pakar Wanita Asyfa

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: