Perkembangan Bayi 4 Bulan

Perkembangan Bayi 4 Bulan

 

 

Di usia 4 bulan, berat bayi anda sudah mencapai 2 kali ganda beratnya semasa lahir. Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat banyak perubahan fizikal, kognitif, sosial dan emosi serta bahasa dan pertuturan pada diri bayi anda. Berikut merupakan  perkembangan bayi  4 bulan anda:

 

1.Perkembangan Fizikal

 

Perkembangan bayi  4 bulan yang pertama ialah perkembangan fizikal.

a. Mengangkat kepala

Anda akan lihat dia cuba untuk mengangkat kepalanya sendiri tanpa bantuan. Jika anda baringkan si kecil anda di riba, anda akan melihat dia cuba mengangkat kepalanya menandakannya tidak ingin baring.

b. Berpusing dan meniarap

Bayi anda akan  semakin banyak bergerak. Mungkin pada waktu malam anda tidurkannya pada posisi yg lain, tetapi pada keesokannya bayi anda berada pada posisi yang lain yang akan membuatkan anda terkejut. Oleh itu, berhatilah sekiranya anda tido di atas katil bersama bayi anda. Sediakan bantal yang banyak kerana anda akan memerlukannya.  Ketika ini, anda akan melihat dia cuba meletakkan tangan ke mulutnya dan menongkat badan menggunakan siku semasa meniarap.

c. Merasa dan belajar

Bayi anda akan mula suka menghisap jarinya dan mengutip apa saja di depan mata dan memasukkannya ke dalam mulut. Ketika ini, bayi anda boleh memegang sesuatu dengan kuat. Malah anda harus bersedia kerana ia mungkin juga adalah rambut anda! Ini kerana dia sedang belajar dan lebih banyak menggunakan tangannya.

d. Deria semakin kuat

Ketika ini, mata bayi anda akan bergerak dan lebih fokus pada objek yang bergerak atau terang. Ini kerana penglihatannya sudah mencapai 20/40.

e. Waktu tidur yang tetap

Waktu tidur semakin tetap dan lebih tidur malam untuk anda. Bayi anda akan mula menyesuaikan diri dengan waktu tidur. Ini bermakna, anda dan dia boleh menikmati waktu tidur malam yang lebih panjang. Selalunya, bayi tidur dalam lingkungan 7 hingga 8 jam ketika ini. Dan jika anda mengambil kira waktu tidur siang, anda akan melihat dia tidur 12 hingga 13 jam minimum sehari.

 

 

2. Perkembangan Kognitif

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/pexels 4.jpg Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 4 Bulan

Perkembangan bayi  4 bulan yang kedua ialah perkembangan kognitif.

a. Lebih pandai tunjukkan ekspressi

Kebolehan dia untuk menunjukkan ekspressi akan meningkat dan dia boleh menunjukkan rasa gembira dengan mudah. Bayi anda juga akan menunjukkan ras sedih sekiranya dia tidak dapat sesuatu yang dimahukannya.

b. Lebih responsif

Jika anda memanggilnya, dia akan memberi respon dengan melihat anda sambil tersenyum, menunjukkan dia kenal anda. Bayi anda seakan akan sudah mengetahui siapa ibu dan ayahnya. Digalakkan bercakap dengan bayi anda sekerapnya pada usia ini.

c. Koordinasi tangan dan mata yang lebih baik

Koordinasi tangan dan matanya juga semakin baik. Ini bermakna, dia boleh melihat objek kemudian mencapai objek tersebut. Banyakkanlah bermain dengan bayi anda. belikan mainan yang sesuai dengannya.

 

 

3. Perkembangan Sosial dan Emosi

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/4 month old baby 722x406.jpg Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 4 Bulan

 

Perkembangan bayi  4 bulan yang ketiga ialah perkembangan sosial dan emosi. Seperti perkembangan yang lain, perkembangan sosial dan emosi dia juga berkembang. Bayi anda sudah bersedia untuk memberi respon dan menunjukkan ekspresi, dia akan lebih banyak senyum. Mereka juga akan mengekspresikan rasa sedih dengan menangis. Jangan terkejut jika bayi anda  ketawa apabila anda ketawa bersamanya. Mereka akan  cuba meniru mimik muka anda.

 

 

4. Perkembangan Bahasa dan Pertuturan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/BABYTALK.jpg Panduan Lengkap: Tumbesaran dan Milestone Anak Anda Yang Berusia 4 Bulan

Perkembangan bayi  4 bulan yang keempat ialah perkembangan bahasa dan pertuturan. Si kecil akan belajar semua perkara dari anda. Jadi apabila anda memanggilnya dengan panggilan manja serta suara yang dibuat comel atau berlagu, dia akan cuba meniru perbuatan itu. Untuk menggalakkan kemahiran bahasa bayi anda, cuba bercakap dengan bayi seperti anda bercakap dengan orang dewasa dan bercakap sekerap mungkin dengan bayi anda. Kajian menunjukkan meniru suara nyanyian bagus untuk bayi. Ia membantu mereka belajar dengan lebih cepat.

Guna ayat lengkap serta tatabahasa yang betul. Guna perkataan seperti “tolong” dan “terima kasih”. Walaupun mereka tidak memahami maksudnya, tapi mereka akan faham maksud kedua perkataan ini di masa hadapan.

 

Nikmatilah perkembangan bayi 4 bulan anda kerana ia tak kan berulang kembali. Setiap bayi mempunyai perkembangan yang berbeza.

 

Sumber: The Asian Parent Malaysia

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: