Makanan Sesuai Selepas Pembedahan Tonsil – Resipi Telur Tiga Suku Masak

 

Makanan Sesuai Selepas Pembedahan Tonsil – Resipi Telur Tiga Suku Masak

 

Pesakit yang sesudah pembedahan tonsil digalakkan supaya makan bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Pesakit digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi protein dan lembut pada peringkat awal seperti bubur, jeli, ais krim dan sebagainya. Pesakit juga dinasihatkan supaya minum air yang secukupnya bagi mengekalkan hidrasi tubuh badan di mana ini dapat mengurangkan kesakitan. Elakkan dari mengambil diet yang panas, pedas, berminyak dan masam yang boleh menyebabkan iritasi dan berlaku kesakitan serta pendarahan. Oleh itu ini adalah satu resipi yang dicadangkan kepada anda. Selamat mencuba.

 

Telur Tiga Suku Masak

Sukatan bagi : 1 org mkn

Bahan-bahan
3 cawan air
3 biji telur

Arahan

  1. Pastikan telur bersuhu bilik. Klau letak dalam peti ais, letakkan di luar sekejap seketika.
  2. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih.
  3. Kemudian tutup api dan masukkan telur. Tutup tudung periuk dan biarkan selama 7 minit.
  4. Ok. Sudah boleh dihidang. Boleh tambah kicap kalau nak.

 

Pesakit perlu memastikan kebersihan mulut berada dalam keadaan baik sepanjang proses penyembuhan berlaku. Mulut yang kotor boleh mengundang jangkitan kuman kepada kawasan yang baru menjalani pembedahan dan boleh menjejaskan proses penyembuhan. Pembersihan rongga mulut boleh dilakukan dengan cara memberus gigi seperti biasa. Elakkan terkena kawasan yang baru dibedah. Penggunaan cecair kumuran dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Memberus gigi dan penggunaan flos boleh dilakukan seperti biasa pada hari kedua selepas pembedahan.

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: