Makanan Sesuai Selepas Pembedahan Tonsil – Resipi Bubur Ayam Cepat dan Simple

Makanan Sesuai Selepas Pembedahan Tonsil – Resipi Bubur Ayam cepat dan simple

 

Pesakit yang sesudah pembedahan tonsil digalakkan supaya makan bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Pesakit digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi protein dan lembut pada peringkat awal seperti bubur, jeli, ais krim dan sebagainya. Pesakit juga dinasihatkan supaya minum air yang secukupnya bagi mengekalkan hidrasi tubuh badan di mana ini dapat mengurangkan kesakitan. Elakkan dari mengambil diet yang panas, pedas, berminyak dan masam yang boleh menyebabkan iritasi dan berlaku kesakitan serta pendarahan. Oleh itu ini adalah satu resipi yang dicadangkan kepada anda. Selamat mencuba.

 

Bubur Ayam

Sukatan bagi : 1 org mkn

Bahan-bahan
Dada Ayam – Dipotong kecil (ikut suka nak letak bnyak mana)
1 cm Halia (dihiris halus)
1/2 Kuib pati ayam
2 sudu besar nasi
3 cawan air
Bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan
Garam secukup rasa

Arahan

  1. Masukkan nasi, air, ayam, halia dan kuib pati ayam ke dalam periuk dan biarkan sehingga nasi kembang. Api jangan terlalu kuat dan sentiasa kacau bubur untuk elakkan bubur hangit.
  2. Masukkan bawang goreng awal untuk melembutkannya. Boleh masukkan daun sup yg telah dihiris nipis- nipis.
  3. Kemudian, letakkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidang.

Pesakit perlu memastikan kebersihan mulut berada dalam keadaan baik sepanjang proses penyembuhan berlaku. Mulut yang kotor boleh mengundang jangkitan kuman kepada kawasan yang baru menjalani pembedahan dan boleh menjejaskan proses penyembuhan. Pembersihan rongga mulut boleh dilakukan dengan cara memberus gigi seperti biasa. Elakkan terkena kawasan yang baru dibedah. Penggunaan cecair kumuran dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Memberus gigi dan penggunaan flos boleh dilakukan seperti biasa pada hari kedua selepas pembedahan.

Add Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: