Makanan Sesuai Selepas Pembedahan Tonsil – Resipi Sup Telur Bertali

Makanan Sesuai Selepas Pembedahan Tonsil – Resipi Sup Telur Bertali

Pesakit yang sesudah pembedahan tonsil digalakkan supaya makan bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Pesakit digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi protein dan lembut pada peringkat awal seperti bubur, jeli, ais krim dan sebagainya. Pesakit juga dinasihatkan supaya minum air yang secukupnya bagi mengekalkan hidrasi tubuh badan di mana ini dapat mengurangkan kesakitan. Elakkan dari mengambil diet yang panas, pedas, berminyak dan masam yang boleh menyebabkan iritasi dan berlaku kesakitan serta pendarahan. Oleh itu ini adalah satu resipi yang dicadangkan kepada anda. Selamat mencuba.

 

Sup Telur Bertali

Sukatan bagi : 2 org mkn

Bahan-bahan
2 cawan sup ayam atau 1/2 kuib pati ayam
1 sudu besar kicap
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung jagung
1 telur – dipukul
Garam secukup rasa

*Sosej – 1 (ikut citarasa nak tambah ke tak)

Arahan

  1. Masukkan  sup ayam dan kicap ke dalam periuk  dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan campuran air dan tepung jagung kedalam sup yang mendidih dan kacau. Perlahankan api.
  3. Tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam sup dalam bentuk pusingan dan kacau mengikut arah jam sehingga semua telur ditambah.
  4. Masukkan sosej dan garam secukupnya. Pukul (dalam arah yang sama).

 

Gambar sebenar Sup Telur Bertali

 

Pesakit perlu memastikan kebersihan mulut berada dalam keadaan baik sepanjang proses penyembuhan berlaku. Mulut yang kotor boleh mengundang jangkitan kuman kepada kawasan yang baru menjalani pembedahan dan boleh menjejaskan proses penyembuhan. Pembersihan rongga mulut boleh dilakukan dengan cara memberus gigi seperti biasa. Elakkan terkena kawasan yang baru dibedah. Penggunaan cecair kumuran dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Memberus gigi dan penggunaan flos boleh dilakukan seperti biasa pada hari kedua selepas pembedahan.

 

 

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: