11 Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung

Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung


Morning Sickness adalah perkara biasa yang terjadi kepada ibu mengandung di awal trimester pertama. Selalunya ia akan berterusan sehingga lebih kurang 12 minggu kehamilan. Makan muntah, tak makan pun rasa nak muntah. Rasa loya-loya sepanjang masa. Ini membuatkan badan kita kehilangan banyak air dan tak bertenaga. Justeru ada beberapa Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung seperti di bawah:

 

 

1. Elakkan makanan yang berminyak

Jangan makan makanan yang berminyak. Ia akan membuatkan anda bertambah mual dan loya. Jadi elakkan makanan yang mempunyai minyak yang banyak yang membolehkan anda merasa lendiran minyak itu melalui kerongkong anda.

 


2. Makanlah buah-buahan

Digalakkan makan buah buahan yang anda boleh makan seperti jambu batu, mangga, apel dan lain lain lagi. Buah-buahan ini mengandungi vitamin yang berkhasiat untuk ibu dan anak didalam kandungan. Buah buahan akan memberi rasa segar kepada anda bila anda memakannya.

 


3. Elakkan makanan yang terlalu manis

Elakkan makanan yang terlalu manis kerana ia boleh menyebabkan loya bertambah teruk. Makan makanan manis juga tidak baik kerana ia boleh membuatkan anda mendapat kencing manis ketika mengandung. Kawallah pengambilan gula anda semasa mengandung.

 


4. Elakkan makanan yang pedas.

Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung yang ke-empat adalah elakkan makanan yang pedas. Makanan yang pedasĀ akan menambahkan lagi angin dalam perut dan boleh menyebabkan loya bertambah teruk. Makanlah makanan berasaskan sup untuk elakkan perut masuk angin.

 

5. Jangan Biarkan Perut Kosong

Walaupun kita asyik rasa nak muntah dan tak boleh nak terima makanan, tapi jangan biar perut kita kosong sentiasa. Makanlah sedikit setiap 2 jam supaya badan kita mempunyai tenaga. Kalau tak boleh nak telan makanan pun, minumlah air yang mengenyangkan.

 


6. Minum Air Madu Suam

Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung yang ke-enam ialah minum madu suam. Minum diwaktu pagi selepas bangun tidur untuk bagi tenaga segera pada badan. Petua ni dari nenek moyang kita dan alhamdulillah kalau diamalkan kurang rasa pening dan pitam. Dapatlah bangun dari katil walaupun sekejap. Tidaklah melepek saja di katil .

 

7. Makan Biskut Craker

Biskut craker pun sesuai untuk kurangkan loya kerana ia tidak berperisa. Bolehlah dijadikan alas perut dan tak de la rasa perut mcm berasid.

 


8. Buah Kurma

Buah kurma membekalkan tenaga kepada badan. Walupon kecil tapi bnyak khasiatnya dan menjadikan perut kenyang, badan bertenaga, dan tak pening sangat.

 


9. Makanan yang berhalia.

Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Cara pembuatan air halia ialah hiris halia nipis-nipis dan rebus halia tersebut dengan air yang bnyak. Jangan membuat air halia yang pekat, sekadar rasa halia sedikit sahaja sudah mencukupi.

 

10. Hidu buah lemon.

Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda dan anda juga boleh meminum air lemon.

 

 

11. Berjumpa doktor

Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung yang terakhir adalah berjumpa dengan doktor. Sekiranya anda menghidapi morning sickness yang teruk, berjumpalah dengan doktor atau dapatkan khidmat nasihat di farmasi. Terdapat ubat yang boleh dicadangakan oleh ahli farmasi untuk anda.

Kesimpulan

Kemungkinan bukan semua Tips Elak Mual dan Loya Semasa Mengandung yang dinyatakan di sini berkesan bagi anda untuk hilangkan rasa loya dan mual. Tetapi sekurang-kurangnya mesti ada cara yang boleh mengurangkan loya, dan pada masa yang sama memberi ibu tenaga untuk menghadapi hari-hari yang penuh aksi muntah-muntah di tandas.

Apa-apa cara sekali pun, moga anda semua dapat hadapinya fasa mengandung ini dengan tenang dan positif. Ingatlah, semua pengalaman hamil adalah indah, tak kiralah betapa susah nak hadapi pada masa itu.

Setiap orang lain pengalamannnya. Jadi Selamat mengharungi detik-detik indah mengandung.

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: