6 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi Tips Dan Petua Semula Jadi Cara Mudah!

6 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi Tips Dan Petua Semula Jadi Cara Mudah!

 

Ruam lampin adalah perkara biasa yang berlaku terhadap bayi yang menggunakan lampin di seluruh dunia. Ruam lampin jika tidak di rawat dengn cepat boleh menyebabkan pertumbuhan yeast dan infeksi backteria  berlaku dengan cepat dan membuatkan ruam menjadi lebih teruk. Jika anak anda terkena ruam lampin anda mesti la memberi perhatian utama di bahagian punggung anak anda dan sentiasa pastikan  kawasan yang terkena jangkitan tersebut  kering. Anda juga boleh mencuba menggunakan bahan semula jadi untuk merawat masalah ruam lampin tersebut.

Berikut merupakan 11 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi Tips Dan Petua Semula Jadi Cara Mudah.

 


1 . Cuka

Cuka adalah bahan semulajadi yang sangat baik. Campurkan cuka dan air nisbah 3 : 1, kemudian sapu dan lap di bahagian jangkitan.  Jika anda menggunakan lamping jenis kain yang boleh digunakan banyak kali.  Rendam kain lampin tersebut dengan cuka dan bilas.

 

2 . Serbuk Penaik ( Baking Soda )

Serbuk Penaik mempunyai sifat penyembuhan yang boleh membantu merawat ruam lampin. Larutkan dua sudu baking soda ke dalam kira-kira empat cawan air. Setiap kali anda menukar lampin bayi anda, basuh bahagian bawah bayi dengan campuran tersebut. Gunakan kain untuk lap sehingga kering kulit bayi anda sebelum memakai lampin bersih. Anda juga boleh memasukkan dua sudu baking soda ke dalam tab mandi air suam dan mandikan bayi anda di dalamnya. Mandi bayi anda sekurang-kurangnya selama 10 minit, tiga kali sehari.

BACA: Makanan yang Perlu Dielakkan bagi Ibu Menyusu

 

 

3 . Jeli Petroleum
Jeli petroleum akan membantu melindungi kawasan lampin dari kesan air kencing dan najis. Selepas menukar lampin yang kotor, bersihkan bahagian bawah bayi anda dengan air suam. Keringkan dengan tuala dan sapukan sedikit di kawasan ruam dengan jeli petroleum. Lakukan ini setiap kali menukar lampin baru, dan ruam lampin akan sembuh dengan cepat.

 

Image result for tepung jagung

4 . Tepung Jagung

Tepung Jagung menyerap kelembapan, menjadikannya rawatan yang baik untuk ruam lampin. Ia akan membantu memastikan kulit bayi anda  sentiasa kering, mengurangkan geseran punggung dan mencegah ruam lampin. Tanggalkan lampin yang kotor dan basuhkan bahagian bawah bayi anda dengan air suam. Biarkan kulit kering secara semula jadi selama beberapa ketika. Sapukan tepung jagung pada kulit bayi anda sebelum meletakkan lampin baru. Lakukan ini setiap kali anda menukar lampin sehingga kulit sembuh sepenuhnya.

BACA: Makanan Sesuai Bagi Bayi 6 Bulan- Resipi Bubur Nasi

 

5 . Oatmeal

Jumlah protein yang tinggi dalam oatmeal akan menenangkan kulit lembut bayi dan membantu memelihara kulit. Ia juga mengandungi sebatian kimia saponin, yang membantu menghilangkan minyak dan kotoran yang tidak diingini dari liang-liang kulit. Tambah satu sudu Oatmeal kering kedalam air mandian. Biarkan bayi anda di dalam air selama 10 hingga 15 minit. Kemudian mandilah bayi anda dan bilas sebersihnya. Ia akan memberi kesan yang menenangkan pada kulit bayi.Lakukan ini dua kali sehari untuk menyembuhkan ruam lampin.


6. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa Dara mempunyai ciri-ciri antikulat dan antimikrobial. Oleh itu, ia  boleh digunakan untuk merawat ruam lampin. Ia juga boleh memberi kesan yang menenangkan dan penyembuhan pada kulit lembut bayi. Minyak kelapa berfungsi seperti pelembap yang hebat. Perlahan-lahan meletakkan minyak kelapa di kawasan ruam lampin beberapa kali sehari. Anda juga boleh meletakkan beberapa sudu minyak kelapa ke dalam mandian bayi untuk bertindak sebagai  pelembap. Ia akan membantu membunuh yis seperti Candida yang menyebabkan ruam lampin.

BACA: Senaman Selamat Selepas Pembedahan Caesarean

 

Kesimpulanya,

6 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi Tips Dan Petua Semula Jadi Cara Mudah ini akan membantu anda menghilangkan ruam lampin yang terjadi kepada anak anda. Berjumpalah dengan doktor jika ruam menjadi teruk dan  berlarutan.

Leave a Comment

CommentLuv badge
%d bloggers like this: