Cara Mengatasi Bibir Kering dan Mengelupas

6 Cara Mengatasi Bibir Kering dan Mengelupas

Sangat penting untuk merawat bibir yang kering untuk mengelakkan anda mendapat bibir pecah yang sangat menyakitkan. Bibir pecah adalah sangat menyakitkan bagi sesiapa yang pernah merasainya. Ia juga boleh membuatkan seseorang itu mengalami perasaan tidak yakin pada diri.

Di sini ada 6 cara mengatasi bibir kering dan mengelupas. Antara cara mengatasi bibir kering dan mengelupas ini adalah  berasas kan bahan semulajadi. Selamat membaca dan beramal semua.

 

1) Aloe Vera

Aloe Vera adalah salah satu cara mengatasi bibir kering dan menggelupas. Anda boleh menggunakan gel aloe vera yang ada di pasaran ataupun anda boleh menggunakan aloe vera semulajadi yang anda tanam di rumah.
Caranya mudah saja, letakkan alor vera terus ke bibir anda dan rasai perbezaannya.

 


2) Madu

Seterusnya cara mengatasi bibir kering dan mengelupas adalah dengan madu. Letakkan madu di bibir anda dengan jari yang basah. Madu adalah pelembap dengan ciri-ciri anti-bakteria semulajadi.

 

3) Skrub bibir dengan lembut.

Cara mengatasi bibir kering dan mengelupas yang ke 3 adalah dengan menghilangkan kulit mati di bibir anda.
Untuk menghilangkan kulit mati, basahkan berus gigi anda, rendam di dalam baking soda, dan gosok bibir anda perlahan-lahan dalam gerakan bulat untuk mengeluarkan serpihan kulit mati. Anda juga boleh beli saja skrub bibir yang sudah ada di pasaran.

 

4) Minum Air

Kekurangan air mungkin merupakan penyebab anda mengatasi masalah bibir kering dan mengelupas.
Jadi minumlah banyak air. Air yang dimaksudkan di sini adalah air kosong. Bukanlah air bergula, bergas dan seangkatan dengannya. Pastikan anda minum 2 liter air kosong setiap hari.

 

5) Lip balm.

Cara yang paling mudah mengatasi bibir kering dan mengelupas adalah dengan menggunakan lip balm.
Lip Balm yang baik adalah yang mengandungi emolien yg tinggi, petrolatum , yang mengunci kelembapan dan dimethicone yang mengelak daripada retak dan pecahan. Sila Baca bahan2 yang digunakan sebelum beli.

 

6) Jangan jilat bibir anda.

Walaupon ia merupakan suatu cara yang anda fikir boleh anda gunakan untuk membasahi bibir anda tetapi ai adalah salah satu cara yang memburukkan lagi masalah anda. Apabila air liur anda kering, pada masa yang sama juga ia mengambil kelembapan dari kulit anda. Daripada menjilat bibir anda, Gunakanlah lip balm.

 

Kesimpulan

Ini adalah 6  cara mengatasi bibir kering dan mengelupas yang boleh anda amalkan. Selamat mencuba dan saya doakan anda memiliki bibir yang sihat.  Jagalah bibir anda kerana ia adalah aset anda. Sekiranya bibir anda semakin teruk berjumpalah dengan doktor. Sekian, terima kasih.

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: