Khasiat minyak zaitun yang anda perlu tahu

 

Minyak zaitun telah diketahui sejak berkurun lama sebagai minyak yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Seawal 6000 tahun sebelum masihi lagi di kawasan mediterranian, minyak zaitun telah digunakan oleh manusia untuk wajah, rambut, serta sebagai makanan. Terdapat pelbagai khasiat minyak zaitun asli terhadap kesihatan dan juga kesihatan manusia. Berikut adalah antara khasiat minyak zaitun:

 

1.       Memberi kelembapan alami kulit

Secara umumnya, orang kawasan Asia Tenggara sering mengalami masalah kulit kering sehingga perlu menggunakan pelembap. Di dalam minyak zaitun asli, terdapat khasiat vitamin E yang tinggi dan sangat baik untuk mengekalkan kelembapan kulit. Minyak zaitun boleh disapu pada kulit. Caranya adalah:

–          Bersihkan wajah anda sebelum menggunakan minyak zaitun

–          Sebelum tidur, sapu minyak zaitun pada kulit wajah anda

–          Pengamalan bertererusan akan menyerikan wajah anda dan melembutkan kulit wajah anda

 

2.       Melambatkan proses penuaan

Di antara kebaikan minyak zaitun adalah ia membantu melambatkan proses penuaan. Terdapat zat linoleic acid di dalam kandungan minyak zaitun di mana ia akan menjaga kelembapan pada kulit wajah agar kulit tidak berkedut sebelum waktu. Minyak zaitun juga kaya dengan antioksidan yang membantu dalam kecantikan wajah.

 

 

3.       Menghilangkan jerawat

Minyak zaitun juga mampu untuk membantu mengurangkan jerawat secara alami. Hanya dengan menyapu minyak zaitun pada bahagian wajah yang terdapat jerawat.

4.       Anti-inflamasi

Di dalam minyak zaitun, terdapat sejenis antioksidan bernama  Polifenol yang tinggi khasiatnya dan ia berfungsi untuk membantu melindungi sel badan dari kerosakan. Terdapat banyak kajian terhadap kesan baik polifenol terhadap tulang dan kesihatan usus. Di dalam kajian lain pula, minyak zaitun berpotensi untuk meningkatkan fungsi otak (kognitif) dan memori.

5.       Mengawal tekanan darah

Dengan mengamalkan minyak zaitun sebagai makanan setiap hari lebih dari 6 bulan, ia dapat membantu untuk mengawal tekanan darah. Di dalam beberapa kajian yang dilakukan, kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah mampu dikawal dan juga dapat kembali normal.

 

 

6.       Kolesterol baik

Di dalam badan manusia terdapat dua jenis lemak iaitu lemak baik atau lemak tepu  HDL (High Density Lipoprotein) dan lemak jahat LDL (Low Density Lipoprotein).  Minyak zaitun mengandungi lemak sihat iaitu lemak tak tepu dan mampu mengurangkan kadar kolesterol yang tinggi. Minyak zaitun mampu meningkatkan kadar lemak baik dalam badan serta menurunkan kadar lemak jahat.

 

7.       Mencegah kanser

Terdapat kajian bahawa jika sentiasa makan minyak zaitun, mampu menurunkan risiko terhadap kanser kolorektal (usus). Selain itu, bagi wanita yang gemar menggunakan minyak zaitun, dapat membantu menurunkan risiko kanser payudara. Ini kerana kandungan antioksidan yang tinggi membantu untuk mengurangkan radikal bebas di dalam badan manusia.

 

 

Add Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: